Written by serenity | June 27th, 2019

Menyusul pengumuman Song Joong Ki bahawa dia telah memfailkan perceraian, Song Hye Kyo telah menerbitkan satu kenyataan melalui agensinya.

Pada 27 Jun, peguam Joong Ki menyatakan yang pelakon itu telah mengambil langkah-langkah pertama untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya Song Hye Kyo. Dia juga menerbitkan kenyatan rasmi meminta maaf kepada semua peminat dan menyatakan hasrat untuk berpisah secara baik.

Tidak lama kemudian agensi Song Hye Kyo United Artists Agency (UAA) Korea memberi respons kepada berita itu bagi pihak aktres tersebut. Wakil agensi itu menyatakan:

Punca perceraian ialah perbezaan personaliti. Dan disebabkan mereka berdua tidak dapat menyelesaikan masalah perbezaan ini, keputusan bercerai terpaksa diambil.

Kami berharap anda semua memahami bahawa kami tidak dapat mengesahkan dengan lebih lanjut maklumat perpisahan mereka atas dasar menghormati kehidupan mereka berdua.

Sebagai tambahan, kami menggesa anda semua agar tidak membuat komen berbentuk spekulatif mengenai perpisahan mereka.

Wakil itu menambah:

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memang benar mencintai satu sama lain dan berkahwin setelah pertemuan melalui ‘Descendants of the Sun’.

Selepas berkahwin, mereka menjadi renggang kerana jadual kerja yang lebih sibuk dan perbezaan personaliti, yang seterusnya menyebabkan perceraian ini.

Wakil firma guaman yang mewakili Song Joong Ki pula berkata bahawa keputusan mereka untuk bercerai ialah keputusan bersama.  – beautifulnara.com via Soompi

Written by serenity | January 9th, 2012

Song Hye Gyo, jelitawan yang merupakan aktres dari Korea Selatan telah terpilih untuk mendapat tempat kelima untuk wajah tercantik pilihan laman sesawang TC Candler bagi “100 Wajah tercantik Di Dunia Tahun 2011”. Laman itu mengumumkan senarainya 3 Januari lepas, dan senarai ini telah dilaksanakan oleh laman itu setiap tahun sejak 1990. Mungkin anda berpendapat kesemua artis Korea menjalani pembedahan plastik untuk cantik, hakikatnya tidak begitu. Seorang pakar pembedahan plastik pernah berkata melalui kepakarannya, dia berpendapat yang pelakon itu adalah pelakon berwajah paling asli di Korea di samping Kim Tae Hee.

Apa yang menarik, bakat gadis berusia 30 tahun pada 2012 ini juga mula diiktiraf di peringkat antarabangsa. Vogue telah menggunakan khidmat jurugambar fesyen terkenal, Paolo Roversi untuk memfoto Hye Gyo bagi majalah Vogue Korea keluaran Disember lepas. Bukan itu saja, Hye Gyo jua akan tampil dalam sebuah filem bersama Tony Leung dan Zhang Ziyi, The Grandmasters pada tahun 2012. Dalam senarai ini, wanita yang mendapat tempat pertama ialah Emma Watson. Lagi 6 keping gambar Hye Gyo dari majalah Vogue dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 7th, 2011

Dalam satu temu ramah dengan satu program hiburan di SBS, Song Hye Kyo, 29, ditanya sama ada dia cemburu apabila dia melihat pasangan-pasangan kekasih yang intim di sekelilingnya.

song

“Sangat cemburu,” ujarnya. Tetapi perkahwinan adalah satu topik yang tidak diutamakan oleh aktres itu kerana dia mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.”Saya tidak ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Saya mahu bekerja.”

Apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia (untuk berkahwin), dia menjawab, “Tak ada siapa pun yang tahu secara pasti.”

Dia juga berkongsi beberapa perkara tentang menjadi seorang selebriti.

“Saya dapat makanan percuma bila saya makan di luar, tetapi saya tak boleh berjalan-jalan dengan bebas seperti yang saya mahukan…saya ingin berjalan di Jalan Myungdong dan mengintai ke kedai-kedai kecil seperti orang biasa, tetapi malangnya saya tidak dapat.”

Aktres jelita ini juga dikenali kerana percintaannya dengan aktor-aktor kacak seperti Lee Byung Hun dan Hyun Bin tetapi dia sudah berpisah dengan Hyun Bin Mac lepas. Layankan dua keping lagi gambar terbaru Song Hye Gyo dari majalah High Cut. Kredit gambar kepada KoreanGossipGirl.

 
Written by AbangNara | November 14th, 2008

Song Hye Kyo menembusi pasaran drama Malaysia dengan dramanya bersama Rain yang bertajuk Full House. Lebih pendek daripada kebanyakan pelakon-pelakon Korea yang lain, Song Hye Kyo tidak menggunakan kelemahan tersebut sebagai penghalang untuk kejayaannya.

Kini merupakan salah seorang pelakon pujaan ramai lelaki bukan sahaja di Korea tetapi juga di rantau Asia Tenggara, Song Hye Kyo menambat jutaan lelaki dengan tarian beruangnya dalam drama Full House.

Baca artikel sepenuhnya untuk gambar dan Facebook Song Hye Kyo.