January 9th, 2012

Song Hye Gyo, jelitawan yang merupakan aktres dari Korea Selatan telah terpilih untuk mendapat tempat kelima untuk wajah tercantik pilihan laman sesawang TC Candler bagi “100 Wajah tercantik Di Dunia Tahun 2011”. Laman itu mengumumkan senarainya 3 Januari lepas, dan senarai ini telah dilaksanakan oleh laman itu setiap tahun sejak 1990. Mungkin anda berpendapat kesemua artis Korea menjalani pembedahan plastik untuk cantik, hakikatnya tidak begitu. Seorang pakar pembedahan plastik pernah berkata melalui kepakarannya, dia berpendapat yang pelakon itu adalah pelakon berwajah paling asli di Korea di samping Kim Tae Hee.

Apa yang menarik, bakat gadis berusia 30 tahun pada 2012 ini juga mula diiktiraf di peringkat antarabangsa. Vogue telah menggunakan khidmat jurugambar fesyen terkenal, Paolo Roversi untuk memfoto Hye Gyo bagi majalah Vogue Korea keluaran Disember lepas. Bukan itu saja, Hye Gyo jua akan tampil dalam sebuah filem bersama Tony Leung dan Zhang Ziyi, The Grandmasters pada tahun 2012. Dalam senarai ini, wanita yang mendapat tempat pertama ialah Emma Watson. Lagi 6 keping gambar Hye Gyo dari majalah Vogue dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

Advertisement

Advertisement
October 7th, 2011

Dalam satu temu ramah dengan satu program hiburan di SBS, Song Hye Kyo, 29, ditanya sama ada dia cemburu apabila dia melihat pasangan-pasangan kekasih yang intim di sekelilingnya.

song

“Sangat cemburu,” ujarnya. Tetapi perkahwinan adalah satu topik yang tidak diutamakan oleh aktres itu kerana dia mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.”Saya tidak ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Saya mahu bekerja.”

Advertisement

Apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia (untuk berkahwin), dia menjawab, “Tak ada siapa pun yang tahu secara pasti.”

Dia juga berkongsi beberapa perkara tentang menjadi seorang selebriti.

“Saya dapat makanan percuma bila saya makan di luar, tetapi saya tak boleh berjalan-jalan dengan bebas seperti yang saya mahukan…saya ingin berjalan di Jalan Myungdong dan mengintai ke kedai-kedai kecil seperti orang biasa, tetapi malangnya saya tidak dapat.”

Aktres jelita ini juga dikenali kerana percintaannya dengan aktor-aktor kacak seperti Lee Byung Hun dan Hyun Bin tetapi dia sudah berpisah dengan Hyun Bin Mac lepas. Layankan dua keping lagi gambar terbaru Song Hye Gyo dari majalah High Cut. Kredit gambar kepada KoreanGossipGirl.


Advertisement
March 14th, 2009

jangdead

Artis Korea yang cun ini dijumpai mati di apartment nya sendiri, memang polis pasti dia bunuh diri sendiri. Sebelum tu tahun lepas, ada lagi artis wanita Korea yang cun dan sexy bunuh diri jugak. Sebabnya ada artis lain yang pinjam duit dia bunuh diri, so dia dah takde duit…”baik aku mati ajaa”

Nak tahu lagi info artis-artis Korea yang bunuh diri baru-baru ini, sila baca artikel ini sepenuhnya:-

Advertisement

choi-jin-sil

Tiap-tiap tahun mesti ada. sebelum tu tahun 2007, penyanyi Korea U Nee, bunuh diri jugak.

uu-nee

Advertisement

Ni 3 je gambar, sebenarnya ramai lagi yg bunuh diri. Nak letak semua gambar kang, berjela pulak panjangnya. Deorang ni CUN, Sexy, Muda, Popular….tapi bunuh diri..agak-agaknya kenapa ye mereka membunuh diri?

P.S: Kenapa kebanyakan yang membunuh diri nie perempuan ek? Mungkin diorang jenis tak tahan tekanan kot? Apa pendapat wanita-wanita di luar sana?

P.P.S: Kalau tahap cun macam nie datang kat Malaysia, mungkin artis Malaysia takleh nak carik makan kot? Ntah-ntah artis Malaysia kita sekarang yang bunuh diri. Hehehe.

Advertisement
December 8th, 2008

bigbang

Big Bang, the most popular boy band group in Korea for now is going to perform a big concert in Seoul Olympic Gymnastics Hall and Fencing Hall. 40,000 die hard Big Bang fans are estismated to attend this concert which will be held on January 31st and February 1st.

Advertisement

Big Bang started to gain popularity with their single “Stand Up”. They become big in Korea through their singles Lies and Haru-Haru, both topping up the K-Pop chart in South Korea. The concert will be sponsored by FILA.

Below are the promotional concert Youtube Video and an amazing performance by Big Bang during MBC Korea Movie Awards ceremony.

Big Bang Concert Promotion Video

Advertisement

Big Bang Perfomance During MBC Korea Movie Awards

Advertisement