Written by serenity | October 29th, 2012

Demam BigBang, kumpulan K-pop dari Korea Selatan bukan saja merebak pada skala tempatan, malah kumpulan ini digilai di seluruh dunia. Kemunculan single ‘Monster’ baru-baru ini menyemarakkan lagi populariti kumpulan ini yang sememangnya tidak pernah padam sejak kemunculan mereka di persada muzik antarabangsa sejak enam tahun lalu.

Kumpulan yang dianggotai lima jejaka bernama G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri ini  telah mengadakan konsert pertama mereka di negara ini pada malam 27 Oktober lepas di Stadium Merdeka. Dikatakan 15,000 peminat telah membanjiri stadium dan tiket-tiket pula khabarnya sudah habis dijual awal-awal lagi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang menarik, ahli kumpulan itu, G-Dragon telah memberitahu yang peminat-peminat di Malaysia adalah yang terbaik.

Kami sungguh terharu kerana akhirnya kami dapat sampai ke sini dan begitu gembira melihat sokongan yang sebegini hebat. Banyak-banyak tempat kami singgah setakat ini, peminat di Malaysia yang terbaik sekali.

Anggota BigBang juga dikatakan cuba untuk berbahasa Malaysia dengan menyebut: “Apa khabar?” dan “Aku Cinta Padamu” dalam persembahan mereka yang ditonton oleh para peminat yang setia memberikan sambutan dan sokongan sehingga ke akhir konsert walaupun dalam keadaan cuaca hujan yang tidak menentu.

Kami amat sukakan Malaysia. Kamu semua menakjubkan! Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan anda seikhlasnya dari hati kami.

Saya berjanji, kami pasti akan datang semula ke sini untuk anda.

Selepas konsert di Malaysia yang menelan kos perbelanjaan RM 4 juta, BigBang akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) dan kembali semula ke Asia untuk menyudahkan siri jelajah BigBang Alive Galaxy 2012.

BigBang Alive Galaxy Tour 2012 In Malaysia dibawakan YG Entertainment dan Live Entertainment, anjuran Running Into The Sun dengan PMP serta ditaja Samsung Galaxy. Kredit info Harian Metro dan kredit gambar pada BigBang Worldwide. Lagi 141 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Pertandingan Akhir Lagu Melayu Antarabangsa 2012 akan berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri pada 3 November 2012 (Sabtu), jam 8.00 malam. Seramai 10 orang peserta dari 10 buah negara iaitu Botswana, United Kingdom, Iraq, Korea, Nigeria, China, Nepal, Sudan, Mauritius dan  Cambodia akan bertanding bagi merebut gelaran juara dan hadiah utama iaitu wang bernilai RM 10,000.

Anda juga boleh saksikan siaran pertandingan ini secara langsung di TV2 pada tarikh dan waktu yang sama. Jangan lupa saksikannya! Maklumat lanjut, layari Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara .

 
Written by serenity | February 2nd, 2012

Empat anak muda dari drama ‘The Moon That Embraces The Sun‘ telah bertukar menjadi ‘lelaki budiman musim bunga’ untuk satu sesi fotografi bagi majalah High Cut.

Seperti yang dilaporkan oleh allkpop, Yeo Jin Goo, Lee Min Ho, Im Siwan, dan Lee Won Geun kesemuanya berposing untuk majalah fesyen tersebut bagi edisi 2 Februari. Dalam wawancara selepas sesi tersebut, Yeo Jin Goo bercakap tentang Kim Soo Hyun yang membawakan wataknya dalam drama itu bagi versi dewasa, ‘Lee Hwon’.

Saya merasakan begini sejak melakonkan drama untuk SBS iaitu Giant, yang tenungan matanya ada kuasa dan memberikan impresi yang berpanjangan pada orang sekeliling. Apabila saya memulakan penggambaran untuk The Moon That Embraces The Sun, dia datang ke set untuk melawat dan dia rasa agak gementar kerana ia pertama kali dia berlakon menjadi orang dewasa. Dia juga meminta saya memberikan ekspresi yang lebih ceria untuk Lee Hwon yang muda.

Apabila Im Siwan ditanya tentang sahabatnya dalam kumpulan ZE:A iaitu Kwanghee yang berkemungkinan cemburu dengan wataknya, dia membalas:

Mungkin dia cemburu jika kami masih orang baru, tetapi sekarang Kwanghee telah matang dan melalui banyak pengalaman. Dia memberi semangat pada saya dan menyatakan dia gembira untuk diri saya.

Lagi 2 gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 28th, 2012

Dewasa ini semakin ramai aktor-aktor baru muncul di industri hiburan Korea Selatan. Ramai pula aktor ini dibayar mahal untuk tampil dalam setiap episod. Meski begitu, bayaran aktor termahal di Korea Selatan tampaknya belum boleh dicabar oleh aktor-aktor muda tersebut. CEO Taewon Entertainment, Jung Tae Won menyatakan, aktor dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan dipegang aktor berusia 41 tahun, Lee Byung Hun.

Kata Tae Won seperti yang dilaporkan oleh Soompi:

Tidak perlu diragukan lagi aktor termahal di Korea adalah Lee Byung Hun. Ketika saya menulis senario untuk ‘Iris’, Saya telah membayangkan Lee Byung Hun dalam fikiran saya sepanjang masa.

Seperti yang diketahui, aktor yang dilahirkan pada 1970 tersebut akhirnya menerima tawaran sebagai peneraju utama dalam drama bersiri ‘Iris’. Saat itu, Byung Hun dikhabarkan menerima bayaran sebesar 25 juta Won atau sejumlah RM 60,000 seepisod. Namun, angka tersebut belum ditambah bonus dari produser Jepun sebanyak 1.2 juta Won atau RM 3,200 setiap episod.

Sudah berjaya dalam negeri sendiri, Byung Hun juga telah pun melebarkan sayap ke Hollywood. Pada tahun 2009, bekas kekasih jelitawan Song Hye Kyo ini berlakon dalam filem Hollywood, ‘G.I. Joe: The Rise of Cobra’ bersama dengan aktres Sienna Miller dan aktor Joseph Gordon-Levitt.

Written by serenity | January 10th, 2012

Diketahui ramai yang Kwon Sang Woo, sudah menempa nama di tanah kelahirannya iaitu Korea Selatan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mengintai peluang untuk melibatkan diri dalam produksi filem-filem antarabangsa. Dia khabarnya pernah menjalani uji bakat untuk melakonkan watak Kato dalam filem The Green Hornet tahun lepas, tetapi kalah kepada Jay Chou walaupun dia terpilih hingga ke peringkat akhir.

Di Twitter versi China, Sina Weibo agak heboh diperkatakan baru-baru ini yang Kwon Sang Woo sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Jackie Chan di Beijing. Dia ialah merupakan sidekick Jackie Chan dalam filem ini, yang dikatakan filem aksi terakhir lakonan Jackie sebagai watak utama.  Filem ini  berjudul Chinese Zodiac dan akan turut menampilkan pelakon jelita dari Taiwan Yaoxing Tong dan juara Taekwando Wanita China, Zhang Lanxin.

Chinese Zodiac akan memulakan tayangan di pawagam seluruh dunia pada 12.12.2012. Treler awal di sini: