Written by Bella | January 17th, 2017

Selepas lima tahun bercinta, pasangan selebriti paling popular dan sensasi, Rain dan Kim Tae Hee bakal berkahwin pada 19 Februari depan di sebuah gereja terletak di Seoul, Korea. Berita itu dilaporkan oleh All Kpop.

Media dia Seoul heboh apabila pasangan Rain dan Kim Tae Hee dikatakan akan menamatkan zaman bujang masing-masing pada bulan depan. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari depan di sebuah gereja katolik di Seoul.

Rain juga dilihat berkongsi sebuah kapsyen di media sosial dengan mengatakan Kim Tae Hee selalu ada di sisinya setiap masa tidak kira dalam keadaan dia susah mahupun senang.

Namun, pihak Rain dan Kim Tae Hee masih belum mengesahkan berita berkenaan. Difahamkan, sebelum ini Rain ada memberitahu beliau akan melakukan perkahwinan secara tertutup kerana ingin menghormati permintaan daripada pihak keluarga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by serenity | April 28th, 2015

Jumaat lepas, satu sesi bertemu peminat telah diadakan di untuk Lee Min Ho, pelakon popular Korea sebagai duta portal membeli-belah dalam talian iaitu 11street di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Turut berada di majlis itu ialah Emily Chan, yang juga duta portal tersebut.
 photo 11143098_1639990846285864_2793808806104407864_o.jpg
Khabarnya,ahli kelab peminat Min Ho yang dikenali sebagai Minoz sudah beratur di pintu masuk Nu Sentral sejak 8.00 pagi walaupun majlis hanya bermula jam 5.00 petang. Gigih sungguh peminat Min Ho di Malaysia, kan? Kemunculan Lee Min Ho memakai kot merah dan seluar putih santai di majlis itu mendapat sorakan peminatnya yang berduyun hungga ke pintu masuk.
 photo 11053591_1639991076285841_3478269514176836686_o.jpg
Apa yang menarik, beberapa orang peminat Min Ho berbangsa Melayu telah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya, tetapi Min Ho tidak menyambut salam itu dengan sopan dan baik. Mungkin dia telah diberitahu tentang tatacara yang betul untuk melayan peminatnya bagi mengelakkan kontroversi.

Seramai 22 orang peminat telah mendapat peluang untuk bergambar dengan Min Ho secara peribadi kerana memenangi peraduan yang dianjurkan oleh 11street.

Ini ialah kemunculan kedua Min Ho di Malaysia tahun ini, setelah muncul dalam satu majlis tertutup Januari lepas. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook 11street.

KONSERT CAK LEMPONG EKSTRAVAGANZA 2015Jangan lupa dating menyaksikan dan memeriahkan Konsert Cak Lempong Ekstravaganza…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 April 2015

 
Written by serenity | August 13th, 2013

Bagi peminat industri hiburan Korea Selatan di seluruh dunia, nama Lee Byung Hun bukan nama yang asing. Diangkat sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran termahal di Korea Selatan, Byung Hun juga semakin dikenali di barat kerana pembabitannya dalam filem-filem Hollywood seperti GI Joe: Retaliation dan Red 2. Byung Hun bukan saja boleh melakukan babak aksi, malah dia ialah seorang pelakon karakter yang bagus melalui filem-filem seperti I Saw the Devil dan Joint Security Area (JSA) serta drama Hallyu seperti IRIS dan All In.



Sabtu lepas, pada usia 43 tahun, pelakon ini telah berkahwin dengan rakan seindustri iaitu pelakon jelita, Lee Min Jung, 32. Perkahwinan yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Busan ini diiktiraf oleh pihak media sebagai ‘perkahwinan abad ini’ kerana kehadiran peminat dan juga bintang-bintang terkenal Korea Selatan untuk meraikan hari bersejarah mereka.




Antara yang hadir dengan pasangan masing-masing ialah Jang Dong Gun, Kwon Sang Woo, Lee Bum Soo, Yu Ji Tae, Jun Joong Ho dan Jeon Hye Jin. Manakala bintang lain yang turut hadir ialah Choi Ji Woo, Kim Min Jong, Kim Soo Ro, Kim Tae Hee, Song Seong Hyeon, Jung Woo Sung, Shin Hyun Jun dan ramai lagi.

Menurut Byung Hun, dia memilih Min Jung kerana sukakan cara wanita itu berfikir. Pasangan ini telah bertolak ke Maldives semalam untuk berbulan madu.

Lagi 33 gambar dari majlis perlahwinan Lee Byung Hun dan Lee Min Jung dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 13th, 2013

Pada 11 Februari 2013, penyanyi Korea Selatan yang mencipta nama dengan lagu dan gerakan Oppa Gangnam Style, iaitu Psy telah mengadakan persembahan bersempana Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang, Jalan Air Itam, George Town.

Kira-kira 80,000 penonton telah hadir menyaksikan Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang bersama-sama 12 penarinya menghiburkan pengunjung.


Photobucket
Photobucket

Kredit gambar kepada Karim Daud Photography. Sekiranya anda tidak sempat ke sana untuk menonton Psy secara langsung, boleh saksikan di video ini:

Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Adakah anda seorang penggiat dalam bidang seni dan budaya di negara ini? Kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar dengan kami.

Dari sekolah rendah hingga tiada had umur, walau apa jua bidang seni dan budaya yang anda ceburi (tarian, muzik, teater, filem, drama, permainan tradisional, muzik tradisional, nasyid, pertahanan diri dan lain-lain), kami memerlukan maklumat anda. Sila ke http://www.jkkn.gov.my/ untuk mendaftar dengan kami secara online!