Written by Bella | August 13th, 2019

Kumpulan K-pop paling popular di dunia, BTS mengumumkan akan berehat untuk tempoh yang panjang daripada industri muzik.

bts

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Twitter agensi pengurusan mereka iaitu Big Hit Entertainment. BTS buat kali pertama akan berehat panjang selepas kemunculan mereka pada tahun 2013.

Tempoh percutian tersebut membolehkan BTS untuk menikmati kehidupan seharian seperti manusia biasa setelah berpenat lelah membina kerjaya mereka bukan sahaja di Korea, tetapi mencipta kejayaan mengungguli carta di Amerika Syarikat dan Britain.

bts rehat panjang

Agensi tersebut juga meminta agar peminat tidak bertindak keterlaluan sekiranya terserempak dengan mana-mana ahli BTS ketika bercuti. Janganlah mengganggu privasi mereka.

kumpulan BTS

Terdahulu,  BTS dijangka akan mengadakan persembahan di Arab Saudi pada Oktober ini. Kami harap peminat BTS janganlah sedih, bagilah mereka peluang untuk menikmati kehidupan.

Written by serenity | June 27th, 2019

Menyusul pengumuman Song Joong Ki bahawa dia telah memfailkan perceraian, Song Hye Kyo telah menerbitkan satu kenyataan melalui agensinya.

Pada 27 Jun, peguam Joong Ki menyatakan yang pelakon itu telah mengambil langkah-langkah pertama untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya Song Hye Kyo. Dia juga menerbitkan kenyatan rasmi meminta maaf kepada semua peminat dan menyatakan hasrat untuk berpisah secara baik.

Tidak lama kemudian agensi Song Hye Kyo United Artists Agency (UAA) Korea memberi respons kepada berita itu bagi pihak aktres tersebut. Wakil agensi itu menyatakan:

Punca perceraian ialah perbezaan personaliti. Dan disebabkan mereka berdua tidak dapat menyelesaikan masalah perbezaan ini, keputusan bercerai terpaksa diambil.

Kami berharap anda semua memahami bahawa kami tidak dapat mengesahkan dengan lebih lanjut maklumat perpisahan mereka atas dasar menghormati kehidupan mereka berdua.

Sebagai tambahan, kami menggesa anda semua agar tidak membuat komen berbentuk spekulatif mengenai perpisahan mereka.

Wakil itu menambah:

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memang benar mencintai satu sama lain dan berkahwin setelah pertemuan melalui ‘Descendants of the Sun’.

Selepas berkahwin, mereka menjadi renggang kerana jadual kerja yang lebih sibuk dan perbezaan personaliti, yang seterusnya menyebabkan perceraian ini.

Wakil firma guaman yang mewakili Song Joong Ki pula berkata bahawa keputusan mereka untuk bercerai ialah keputusan bersama.  – beautifulnara.com via Soompi

Written by Bella | January 2nd, 2019

Nampaknya tahun baru kali ini hangat dengan kisah cinta, kali ini kecoh dengan berita anggota kumpulan EXO Kai yang kini dilaporkan sedang bercinta dengan anggota kumpulan perempuan paling sensasi ketika ini iaitu BLACKPINK Jennie.

Laman web Korea, Disptach dapat merakam foto pasangan ini sedang ‘dating’ di sekitar Sangam-dong, Mapo-gu dan berpegangan tangan di Haneul Park, Seoul. Sebenarnya, itu bukan kali pertama Kai dan Jennie dilihat menghabiskan masa bersama. Sebelum ini, mereka cukup mesra bersama ketika menghadiri menghadiri Fashion Week di Paris.

Wakil SM Entertainment dan YG Entertainment juga telah memberi pengesahan yang mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Kisah cinta mereka menjadi bualan hangat di media sosial. Rata-rata peminat gembira dengan berita ini dan mengakui pasangan tersebut sangat sesuai bersama.

Sumber Berita  : Soompi.com

Written by Bella | January 2nd, 2019

Buat peminat tegar rancangan Korea popular, Running Man pastinya anda mengenali salah seorang ahlinya iaitu Lee Kwang Soo.

Mungkin anda selalu perasaan Kwang Soo memang suka mengusik tetapi pada masa yang sama cuba untuk mengorat aktres Lee Sun Bin. Siapa sangka mereka yang pertama kali bertemu ketika menjalani penggambaran Running Man pada September 2016 sebenarnya sudah menjalin percintaan serta bergelar pasangan kekasih sejak lima bulan lalu. Wah, dalam diam rupanya bibit cinta mula timbul dalam hati masing-masing.

Pasangan ini semakin terbuka mengenai hubugan mereka kepada pihak media dan umum. Sering dilihat bersama dalam acara hiburan, mereka juga secara terang-terangan berani mengungkapkan perasaan cinta antara satu sama lain dihadapan rakan-rakan selebriti.

Tahniah buat Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin, nampaknya ‘Prince Of Asia’ sudah dimiliki, jangan patah hati ye peminat-peminat semua. Heh.

Sumber Berita : Asia One