Written by serenity | March 1st, 2012

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star hari ini dilaporkan oleh The Malaysian Insider telah menggantung kerja dua editor yang bertanggungjawab meluluskan penerbitan gambar penyanyi Erykah Badu dengan tatu yang dianggap perlakuan tidak sensitif kepada komuniti orang Islam.

Mereka yang dimaksudkan ialah Editor Senior,  Lim Cheng Hoe and Timbalan Editor Rencana Daryl Goh: telah digantung kerja untuk satu tempoh masa yang tidak dapat ditentukan.

Sumber yang memberitahu The Malaysian Insider turut menambah, The Star telah melantik  dua editor bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah untuk “membantu dan memandu” akhbar tersebut dalam isu yang melibatkan sensitiviti Muslim.

Akhbar itu telah menerbitkan gambar Badu dengan dua tatu berhuruf Arab untuk perkataan ‘Allah’, atau Tuhan, untuk profil seksyen entertainment2.

The Star telah menerbitkan satu pernyataan maaf berhubung perkara ini semalam.

Komen kami: of all the Badu pictures in the world…

Written by serenity | February 27th, 2012

Di mana-mana majlis anugerah pun, kelibat Angelina Jolie dan pasangannya Brad Pitt sering menjadi tumpuan ramai. Yang terbaru, Angie telah muncul dengan mengenakan sehelai gaun baldu hitam mewah dari koleksi Atelier Versace dan mencuri perhatian orang ramai. Angie memeriahkan majlis bersama Brad, yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, bagaimana pun kalah kepada Dean Dujardin.

Dalam perkembangan terbaru, Angie telah muncul dengan filem pertama arahannya “In the Land of Blood and Honey’’ — sebuah drama dalam perang Bosnia tentang seorang tentera Serbia yang mendapati bekas kekasihnya seorang wanita Muslim, di sebuah kem tahanan perang — telah menimbulkan emosi selepas Perang Balkan.

Ia menerima sambutan hebat di ibu negara Bosnia iaitu Sarajevo, tetapi telah menimbulkan kemarahan orang-orang Serbia, yang mendakwa filem itu ialah propaganda untuk menunjukkan orang-orang Serbia semasa Perang Balkan 1992-95 sebagai orang jahat. Lagi 6 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Getty Images.

 
Written by serenity | January 26th, 2012

Dalam filem Harry Potter, ketiga-tiga bintangnya, Daniel Radcliffe, Rupert Grint, dan Emma Watson digambarkan sebagai tiga sahabat yang selalu bekerjasama. Mereka saling bantu-membantu dan menyokong antara satu sama lain.Namun, itu tidak berlaku dalam kehidupan nyata. Hubungan ketiganya tidak serapat apa yang diperlihatkan dalam filem yang telah menaikkan nama mereka bertiga.

Kata Radcliffe kepada Mirror:

Ada yang kata Emma, Grint dan saya sebagai teman baik dan selalu hang out bersama.

Namun, Radcliffe tidak berpendapat demikian. Pemegang watak utama  ‘Harry Potter’ ini malah tanpa ragu menyatakan, dia dan Grint tidak berkawan rapat seperti yang digambarkan dalam filem. Dia mengaku dirinya sekarang sudah hampir tidak bertegur sapa dengan Grint.

Saya dan Emma masih sering mengirimkan SMS. Tetapi dengan Grint saya tak pernah SMS. Kami juga tidak berjumpa.

Khabarnya, mereka saling membenci antara satu sama lain. Namun, Radcliffe menafikan. Dia berkata mereka masih bertegur sapa walau sekejap semasa mereka bertemu di sebuah majlis.

Jika saya bertemu setiap enam bulan atau lebih, paling tidak hanya berkata ‘hello’. Apa khabar?

Written by AbangNara | December 16th, 2009

[note]Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru. Konsert Ne-Yo di Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Xpax. Untuk maklumat lanjut, layari laman promo konsert Ne-Yo.[/note]

ne-yo in KL

Korang kenal tak mamat yang macho semacam kat atas tue? Renungan mata dia tajam tue beb. Itulah Ne-Yo, artis berbakat dari Amerika Syarikat yang telah mencairkan jutaan hati para wanita dengan kemachoan dan bakatnya dalam nyanyian.

Susah nak percaya kan kemachoan mamat nie? Meh korang try dengan lagu feveret kami dari Ne-Yo yang bertajuk Mad. Lirik dan melodi dia memang mantap beb. Memang sangat-sangat sesuai untuk couple-couple yang selalu bergaduh tanpa sebab. Cuba korang layan sikit video dia kat bawah nie. Jangan tangkap leleh udah la.

Dah habis feel dah? Dah mula terpikat ngan Ne-Yo tak? Kalau tetiba terasa teruja nak dengan Ne-Yo secara live, inilah peluang anda. Xpax akan membawa Ne-Yo ke Kuala Lumpur untuk satu konsert yang mantap dan hebat.

  • Tarikh: 7 Januari 2010
  • Tempat: Sunway Lagoon Surf Beach

ne-yo live in KL

Untuk pengguna-pengguna Xpax, tiket yang sepatutnya berharga RM140 bakal dijual dengan harga RM90 sahaja untuk anda. Caranya mudah saje iaitu anda kena taip REGNEYO, hantar SMS ke 28881 dan topup kredit Xpax anda RM50. Berbaloi kan?

xpax neyo ticket

Untuk mereka yang gunakan pakej U.O.X./S.O.X. pulak, anda cuma perlu taip REGFREETIX dan hantar SMS ke 228881. Selepas tue reload RM30 untuk dapatkan 2 tiket dengan harga cuma RM158. Memang sangat murah dan terlampau berbaloi-baloi kan?

Semua tiket-tiket boleh diredeem kat outlet-outlet yang join. Kalau korang tak tau nak redeem tiket kat mana, boleh telefon Tiket Hotline kat 03-7725 1177 @ 03-7725 1166. Nak lagi senang pergi je terus website Tiket Hotline. Pastikan anda redeem secepat mungkin sebab tiket dijual atas konsep siapa cepat dia dapat.

ne-yo

Dan jika sememangnya anda peminat kipas susah nak mati Ne-Yo, pastikan anda sentiasa melayari laman web ChannelX sebab banyak download-download yang berkaitan dengan Ne-Yo akan diupdate kat situ. Kami rasa akan ada caller ring tone, mp3, wallpaper dan banyak lagilah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman promo Ne-Yo yang dikuasakan oleh Xpax. Ada X ada Segalanya.

Page 4 of 11« First...23456...10...Last »