February 3rd, 2012

Sebetulnya kami juga masih kabur dengan perkara ini. Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Anda mungkin menganggap ini sebagai satu perkara biasa, cuma yang luar biasa di sini mungkin, ialah gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter, anda boleh klik di sini. Menurut MahsiH2, dia hanya ingin menunjukkan siapa sebenarnya Khairul Fahmi yang dakwanya, seorang ‘player’. Kami telah mendapat info tidak sahih yang pertunangan Leuniey berlangsung 29 Disember 2011 dan sumber info telah memberikan gambar ini:

Kalau betul, cantik juga orangnya. Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Mungkin juga Leuniey ini sekadar…ahem…adik angkat Khairul Fahmi sahaja.

January 11th, 2012

Kami telah menerima tip dari sesetengah pihak yang perang Twitter antara aktres Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha ialah berpunca dari salah seorang peminat yang bertanyakan soalan kepada Rita, kemudian melapor pula dan bertanya pada Zaquan, dan dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan pada isteri Zaquan, Ayu Raudhah. Mungkin tidak menyangka yang perbuatannya menyebabkan hubungan mereka berdua menjadi tegang, peminat tersebut telah membuat satu entri di blognya untuk meminta maaf:

Sekiranya anda tidak nampak, silakan klik di sini untuk membaca dengan lebih jelas. Peminat tersebut berkata dia mempunyai sebab untuk berbuat begitu, dan bukan untuk bersuka-suka, tetapi sebab itu mahu dirahsiakannya.

Bagi kami walau apa pun alasannya, sepatutnya anda menyedari yang perbuatan anda telah membuat perkara yang serius berlaku. Nama-nama yang terlibat di blog ini telah kami padam, tetapi kami pasti akan ada cara pembaca untuk mencari blog beliau (Twitternya sudah di privatekan) namun diminta untuk tidak menyerang atau mengutuk di blognya, kerana mungkin dia sudah sedar apa yang telah dilakukan.

Sebagai pengajaran, minatlah artis, tetapi biar ada batasnya.

November 29th, 2011

Dalam pada hangat gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat beraksi mesra dengan seorang gadis yang bernama Shida Harmi berlegar di ruang Internet, Shida Harmi sendiri berdiam diri walaupun Shida menjadi sasaran kritikan orang ramai. Walau bagaimanapun, melalui sumber yang boleh dipercayai, Shida Harmi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu dan mendakwa dia difitnah. Bukan itu saja, sumbar yang rapat dengan Shida Harmi mendakwa Shida tahu siapa yang menyebarkan gambar tersebut dan memohon agar mereka bertaubat. Gambar-gambar tersebut dikatakan oleh Khairul Fahmi diambil sebelum dia bertunang pada Mei lepas sewaktu berkaraoke.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru ialah pihak Shida akan menyaman pihak yang menyebarkan gambar dan fitnah tersebut, seperti yang dinyatakan oleh individu yang rapat dengan Shida melalui Twitternya. Kami terpaksa merahsiakan Twitter itu buat masa ini kerana berita ini buat masa ini masih gosip. BeautifulNara sedang cuba mendapatkan kenyataan Shida Harmi berkenaan perkara ini. Jadi, nantikan saja.

***

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011 bakal diadakan pada 4 Disember 2011 bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Anda semua dijemput hadir bagi menyaksikan peserta-peserta dari Zimbabwe, Indonesia, Yemen, Bangladesh dan Kazakhstan yang bakal mendendangkan lagu-lagu Irama Malaysia seperti Nasib Bunga, Kias Fansuri, Apa Dah Jadi, Cinta Nusantara, Joget Pahang, Balqis Cindai, Seri Dewi Malam, Mengapa Dirindu dan Dikir Puteri. Untuk maklumat lanjut, 03-2052 3600.

November 18th, 2011

Audi R8 memang satu topik yang agak hangat satu dua hari ini. Kira memang satu lambang status kalau bisa memilikinya. Rasanya kami ini kerja seumur hidup pun belum tentu mampu untuk memiliki Audi R8. Di Malaysia pun, khabarnya tak banyak unit yang terjual.

Berhubung dengan kisah seorang penyanyi yang dikatakan menerima hadiah perkahwinan Audi R8 tapi masih belum sampai, seorang wakil dari syarikat penjualan Audi R8 yang sah tetapi tidak dinamakan di sini menyatakan:-

first nak kata, so far kitorang tak ada pon receive memana booking utk audi R8…and yang keduanya..kitorang ada je ready stock utk R8 tu….apa jugak la masalah minah ni…hrmm tapi tak tau la kalau yang tak sampai lagi tu kete rekon R8 hahahaha..takkan rekon kot… ;)

Kita authorised dealer utk audi….naza pon ada bwk masuk tp very rare la….kenapa nak tunggu2 kalau dah mmg ada yg ready stock….kita pon bukan bwk masuk byk ada la dlm 4 biji kot….sbb kete tu mmg mahal (1.25mil) unless kalau dia beli dengan dealer yg rekon tp rekon mana ada kene tunggu2….ntah la minah ni ntah ye ntah tidak le membelinye

silap kita bawak masuk 6 biji and baru 3 biji yang terjual..ye la mungkin ada yg kata..si XXX ni memandai je mana dia tau ada orang booking ke tak..ha mcm mana saya boleh tau sbb audi cuma ada 4 branch je kat mesia ni..2 kat klang valley yang lagi dua tu outstation (penang &jb) jb, kl and shah alam masing2 baru jual sebijik….sekian terima kasih…larikkkkkkkkkkkkk

Apa pun kita hanya boleh berspekulasi, tapi harus berhati-hati, jangan jadi fitnah. Di harap pihak berkenaan boleh menjelaskan tentang ini . Kalau dia mahu lah kan.