May 15th, 2012

Rasanya masih ada yang tertanya status hubungan pemain bolasepak Nazmi Faiz dengan wanita yang bernama Tengku Fiella. Dan melalui gambar-gambar yang kami terima melalui mesej pembaca ini, sudah sah memang Nazmi dan Tengku Fiella mempunyai hubungan istimewa.


Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Nazmi Faiz kini berusia 18 tahun manakala Tengku Fiella lebih tua dari Nazmi, tetapi usia hanya sekadar nombor bak kata orang. Diharap Nazmi akan perform dengan lebih cemerlang memandangkan beliau ada sumber inspirasi ini. Heheh.


***

Kome yang berada di sekitar Kuale Kangsor, jom le datang event JKKN ni hah sempena Festival Hari Guru iaitu Majlis Penyerahan Buku-Buku Terbitan JKKN ke sekolah-sekolah pada hari ni (15 Mei, Selasa) jam 3 petang kat Padang SMK Clifford..meh le ada Alif Satar (Memang, tak ada lelaki..seperti aku) dan Asmidar (Biar Mimpi Sampai Ke Bintang) leh jumpe dema.

April 23rd, 2012

Dalam masa setahun sebelum ini, pelakon kacak Shahrizal telah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita. Baru-baru ini pula, hubungan Shahrizal dengan kekasihnya iaitu Mira Liyana telah putus. Shahrizal mendakwa ianya putus kerana tohmahan seseorang, manakala Mira mendakwa wujud orang ketiga dalam hubungan mereka yang menyebabkan Mira memutuskan percintaan.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Kami bagaimanapun telah menerima kiriman e-mel dari seseorang yang mendakwa Shahrizal sudah ada kekasih baru iaitu pengganti Mira Liyana. Orangnya comel, walau kami tidak tahu siapa tetapi beliau dikatakan telah beberapa kali kelihatan dengan Shahrizal di beberapa program. Kalau betul ini teman wanita terbaru Shahrizal, tahniah diucapkan. Sudah semestinya pelakon kacak seperti beliau tidak sukar mendapat pengganti.

April 10th, 2012

Penyanyi remaja ini memang mendapat perhatian ramai semenjak salah satu lagunya meraih populariti di media sosial. Bagaimana pun, tidak kurang juga yang tidak dapat menerima kehadirannya, malah ada di kalangan penyanyi senior sendiri dikatakan pernah mengkritik penyanyi remaja ini.

Kerjaya penyanyi remaja ini berkait secara langsung dengan kakaknya yang juga turut menyumbangkan kreativiti kepada lagu-lagu penyanyi remaja ini tadi. Bagaimana pun, timbul soseh-soseh apabila kakak penyanyi remaja ini dikatakan memarahi individu-individu yang mengkritik adiknya itu di Twitter. Menurut seorang pembaca BeautifulNara yang menghantar surat terbuka kepada kami:-

Dia asyik kemas kini twitter cam ayat tak puas hati dengan kritikan orang kepada *****. Saya rasa sepatutnya dia tak boleh la nak kutuk org yang kritik adik dia tu. Sepatutnya die tweet je la yang elok-elok pasal adik dia, bukan nak tweet untuk balas balik kritikan tu. Sepatutnya juga dia kena la sedar hidup dalam dunia artis memang la macam tu. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka.

 

Ini tentang karier adik dia juga. Kalau dia asyik nak balas balik kritikan orang ke atas adik dia tu, nanti lama-lama peminat ***** pun boleh kurang disebabkan kakak dia yang over tu. Saya tengok ***** tu tak ada pun nak over-over macam tu.
Seperti yang sedia maklum yang kakak ****** ni juga merupakan penulis lirik lagu-lagu *****. Tapi dia kena ingat, yang perform tu adalah *****. Dia juga kena jaga nama baik ******. Saya amat kagum dan respect kepada keluarga Elfira Loy.

 

Adik-adik dia pun berdarah seni juga. Sebagai contoh, tak ada pun Elfira sibuk atau balas kritikan-kritikan atau kutukan ke atas adik-adik dia dan sebaliknya juga.

 

Mereka nampak matang sangat. Kalau nak dibandingkan dengan umur, kakak ***** tu kan dah besar. Saya harap benda ini tidak berlarutan kerana ia melibatkan populariti ***** tu. Saya juga merupakan peminat ******. Tapi agak terkilan dengan sikap kakak dia yang terlalu suka membalas kritikan itu. Dah la ayat dia perghhhhh tak menahan.

Ada juga betulnya apa yang dikatakan peminat ini. Kepada kakak penyanyi terbabit, kami rasa anda tahu siapa anda, terimalah teguran ini dengan terbuka demi karier adik anda itu. Asam garam dikritik bila menyertai dunia seni, tapi anda boleh memilih untuk biarkan saja. Contohi Datuk Siti Nurhaliza, “Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji”.

March 23rd, 2012

Walaupun pengalaman dalam bidang pengacaraan sudah berpuluh tahun tidak semestinya tidak boleh berbuat kesilapan. Alkisah, Malam Gala Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 di mana salah seorang selebriti kita ditolak permintaannya untuk bergambar oleh aktor Owen Wilson ialah satu cerita, tetapi sebelum itu ada cerita lain pula.

Emcee bagi majlis mewah itu ialah seorang personaliti yang tidak asing lagi dalam bidang pengacaraan, tetapi terdapat kesilapan berlaku apabila pengacara terkenal tersebut tersilap mengumumkan nama Owen Wilson. Sebaliknya yang diumumkan ialah nama ‘Owen Williams’.

Menurut portal Yahoo!, Owen Wilson dan pegawai pengiringnya telah mengkritik penganjur kerana kesilapan ini. Agak ironik juga bila pengacara itu mengumumkan yang aktor itu ialah kegemarannya. Sebaik saja pengacara wanita itu silap mengumumkan nama Owen Wilson, kedengaran desahan dari tetamu yang menyedari kesilapan itu.

Mungkin sebab itu Owen agak berkecil hati dan menolak pula permintaan selebriti yang ingin bergambar dengannya selepas selesai acara bersama media.

Beberapa jam tadi VJ terkenal Marion Caunter telah tweet gambarnya dengan Owen Wilson pula, dan berkata dia berpendapat aktor itu seorang yang sangat kelakar. Jadi berbaik sangkalah pada Owen Wilson, sekiranya anda terkenal sepertinya, tetapi nama salah disebut dalam majlis besar seperti itu akan sentap juga kot.