Written by Irsa | September 13th, 2019

Sekarang ini banyak betul kes penceraian dan pergaduhan melibatkan pasangan selebriti. Ada yang dah lama kahwin pun berpisah, ada yang baru kahwin pun dah sibuk turun naik mahkamah uruskan hal penceraian.

Terbaru, Lufya Omar yang terkenal menerusi kemunculannya dalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-6 mendedahkan bahawa dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin dengan suaminya iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz.

lufya gaduh suami

Menurut entri itu, Lufya meluahkan cerita bahawa dia dilayan dengan teruk seawal tiga bulan selepas perkahwinan mereka. Dia yang cuba menjadi isteri solehah telah menyorokkan perbuatan suaminya itu daripada pengetahuan keluarga mereka.

Suaminya itu juga sering menyekat dan menutup sekatan pada akaun Instagramnya sesuka hati lelaki itu. Lufya menceritakan yang suaminya itu sanggup memfitnah dirinya pada keluarga mereka bagi menutup aibnya sendiri.

lufya suami

Tambahnya lagi, dia mengalami kemurungan selain badannya sentiasa sakit-sakit akibat perbuatan suaminya itu. Setelah enam kali dikhianati, Lufya tetap tabah bagi memastikan perkahwinan yang dibina selama ini tidak runtuh.

Walaupun tidak mengetahui apa yang dimaksudkan Lufya dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh suaminya itu, rata-rata netizen meluahkan sokongan kepada artis wanita itu.

lufya suami murung

Lufya berusia 34 tahun telah berkahwin dengan Dr. Che Muhammad Hafiz yang muda lima tahun daripadanya pada tahun 2016. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dinamakan Laana Haura pada tahun lalu.

Sumber: Instagram Lufya

Written by serenity | August 24th, 2015

Pasangan kekasih ini bukanlah pasangan terkenal kerana si perempuan, walaupun seorang pelakon, tidak mencapai taraf popular. Kalau sebut namanya, ada segelintir individu yang mungkin menonton setiap drama melayu di televisyen, yang mengenalinya. Tetapi selalunya, ramai mengatakan tidak pernah dengar namanya atau tidak pernah lihat wajahnya di kaca televisyen.

Dalam erti kata lain, pelakon ini masih dalam kategori ‘pelakon sendu’.

Namun begitu, ini tidak menghalang teman lelaki pelakon ini menumpang popularitinya yang agak tidak seberapa. Lelaki ini bukan dari bidang seni tetapi kerja sebenarnya ada-ada juga, sebab itu pelakon tadi begitu bangga dengan teman lelakinya itu. Khabarnya, lelaki ini curang dengan teman wanita lama semata-mata kerana ingin bersama pelakon wanita ini tadi.

Dan khabarnya juga, dia telah mengambil peluang tersebut untuk menjadi pelakon tambahan dalam satu produk yang dilakonkan oleh teman wanitanya. Di samping itu, dia juga bakal menjalankan perniagaan bersama seorang selebriti dan tidak merahsiakan keinginan dan keterujaan untuk bergambar dengan seorang penerbit filem terkenal.

Mungkinkah teman lelaki beliau itu sebenarnya berminat untuk menyertai bidang seni dan menjadi pelakon dikenali ramai?

Mungkin seseorang patut mengambilnya berlakon. Mana tahu jadi lebih popular dari teman wanitanya itu, ya tak?

SERENITY: tak pandai ambil peluang.

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015

Written by serenity | August 16th, 2015

Pelakon ini punya wajah yang comel, tetapi tarafnya suam-suam kuku saja. Ada juga kami nampak dia menjadi duta produk disebabkan wajahnya yang komersil itu, tetapi secara jujur, kami belum pernah menonton lakonannya.

Ringkasnya, pencapaian sebagai pelakon masih belum nampak tapi punya kontroversi membabitkan teman lelaki yang katanya seorang juruterbang berwajah ‘jambu’.

Gambar hiasan.

Semalam, pelakon ini dikatakan telah memadam gambar-gambar teman lelakinya dari akaun Instagram miliknya. Puncanya, teman lelaki yang dibanggakan itu dikatakan kantoi dengannya sebagai seorang kasanova.

Menurut sumber kami, waktu pelakon wanita itu ke Indonesia atas urusan kerja–teman lelakinya itu sempat berjimba bersama perempuan lain.

Malah, ada seorang wanita mengaku kepada kami dia ialah ‘mangsa’ teman lelaki pelakon itu.

Kalau ditanya, pelakon itu pasti mengatakan hanya mahu menumpukan kepada kerjaya. Peliknya, awal-awal lagi beliau sudah ada kontroversi teman lelaki.

Jika benar teman lelakinya itu seorang playboy, mungkin meninggalkannya ialah satu keputusan tepat. Tumpukan pada bidang lakonan dan buktikan anda serius dalam bidang seni, bukannya bergambar dengan teman lelaki di sana-sini kemudian ditayangkan pula.

Bila berlaku sesuatu seperti ini, mula sibuk padam gambar kekasih yang sebelum ini ditayangkan dengan bangga. Kan malu?

Written by serenity | January 27th, 2015

Konsert Mentor Legend Battle ketiga telah berlangsung beberapa hari lepas di antara Fahmie, Sarah dan Tuah daripada kumpulan A.

Setiap protege dikehendaki berduet bersama dengan artis undangan pilihan mereka. Protege Mas Idayu iaitu Tuah telah menjemput Adira sebagai pasangan duetnya.

Namun Tuah telah disingkir dari Mentor minggu lepas walaupun menampilkan persembahan yang baik. Akibatnya, ramai peminat mempertikaikan keputusan juri dan ada jua yang mengugut untuk memboikot program itu.


 photo tuah3.png
 photo tuah2.png
 photo tuah1.png

Ramai berpendapat Juri menyingkirkan Tuah kerana dia tidak mempunyai kelebihan rupa walaupun memiliki vokal yang mantap.

Dalam pada itu, Adira selaku peyanyi jemputan terjatuh ketika meninggalkan pentas, mungkin disebabkan kainnya yang meleret. Namun begitu dia diangkat oleh Awal Asaari yang gentleman.


 photo Adira-Jatuh.jpg

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah, namun pendapat penonton juga kadangkala perlu diambil kira, ya tak? Banyak komen mempersoalkan keputusan juri telah dihantar oleh penonton ke Facebook program itu dan ada yang mengharapkan Tuah akan diserap kembali.

Bagaimanapun, segalanya bergantung pada penerbit rancangan tersebut, memandangkan peserta pertandingan realiti diserap semula selepas tersingkir bukan tidak pernah dibuat sebelum ini (ahem, Akademi Fantasia). Tak gitu?