Written by AbangNara | April 21st, 2009

filem jangan tegur

Bukannya niat kami nak menjatuhkan filem Malaysia. Cuma kami agak kecewa apabila pulang menonton filem Jangan Tegur. Nasihat kami, jangan tengok filem ini jika anda sudah tengok filem Jangan Pandang Belakang. Lebih kurang sama sahaja kedua-dua filem nie.

Lakonan yang lemah, jalan cerita ntah apa-apa dan terkejut hanya kerana sound effect yang tiba-tiba. Kami tak suka langsung lakonan Julia Ziegler dan Pierre Andre. Macam pelakon darjah satu. Power lagi lakonan Almy Nadia yang sempoi dan bersahaja.

Setelah habis tengok filem Jangan Tegur, kami terfikir sesuatu. Kenapa hantu dalam filem ini yang ingin mintak tolong daripada Julia Ziegler nak menakut-nakutkan Julia Ziegler? Kalau nak mintak tolong buat lah cara nak mintak tolong. Janganlah datang dengan muka seram sangat dan terbang-terbang. Mintak tolong biarlah beradab walaupun anda seekor hantu.

Dari 10 bintang kami bagi 4 bintang ajerlah. Setakat nak pergi tengok dengan bini anda dan merasai kehangatan pelukan bini bolehlah.

Written by AbangNara | April 21st, 2009

nabila huda berkemban

Sekali dengar tajuk filem terbaru arahan Shamsul Yusof Haslam ini nampak seperti mampu menceritakan kisah bohsia-bohsia Melayu dengan sempoi. Agak catchy tajuk filem “Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam”. Habis kalau dah bohsia namanya, nak kena pilih jalan warna apa selain warna hitam?

Semestinya daya tarikan dalam filem ini selain daripada aksi-aksi wheeley chikang mat mat rempit ialah aksi berkemban Nabila Huda selaku seorang bohsia. Mesti banyak adegan-adegan lucah dan terlampau sebab filem ini dilabel dengan 18PL.

Tak sabar rasanya nak tengok sejauh mana filem ini mampu buat kutipan. Semestinya mat-mat rempit dan minah-minah bohsia akan pergi menonton filem ini sebab nak buat perbandingan dengan gaya hidup mereka yang sebenar.

nabila huda berkemban

Written by AbangNara | February 25th, 2009

upin dan ipin

Kagum juga mendengar berita terkini tentang jumlah kutipan filem animasi Malaysia Geng: Penggambaran Bermula yang kini sudah mengutip RM3.7 juta selepas 11 hari ditayangkan. Bajetnya hari Rabu ini nak cecah RM4 juta kot. Mesti malu besar Proffesor Razak dengar jumlah kutipan tiket kartun Upin dan Ipin nie.

Tahniah diucapkan kepada pengarah filem tersebut, Mohd. Nizam Abd. Razak yang baru sahaja berumur 26 tahun(muda-muda lagi dah kaya) kerana berjaya membuat sebuah filem animasi setaraf dengan filem Hollywood.

Siapa yang tak tengok lagi tue, jom ramai-ramai kita serbu wayang minggu ini. Kami pun masih belum berkesempatan nak tengok gelagat comel Upin dan Ipin. Setiap kali pergi mesti wayang full. Laris macam pisang goreng.

Jangan tunggu nak download filem Geng:Penggambaran Bermula Upin dan Ipin nie. Kita kena support filem anak tempatan. Bak kata Upin dan Ipin:-

Betul, Betul, Betul

Written by AbangNara | January 6th, 2009

kuala lumpur international

Fascinating pictures from Kuala Lumpur International Film 2008. With performances from Malaysia top celebrities such as Siti Nurhaliza and Vanida Imran, the Kuala Lumpur International Film 2008 was held successfully.

One of the controversial scene happened during the event when a male celebrity hand kissed Vanida Imran during the award ceremony.

For the complete pictures from Kuala Lumpur International Film 2008, please read the full article.