Written by serenity | December 31st, 2011

Beberapa hari lepas filem Ombak Rindu telah dimuat naik ke laman Youtube oleh pihak tertentu tanpa izin produksi Tarantella Pictures, tetapi mereka telah berjaya menutupnya sejak malam semalam.   Sinar Harian melaporkan, Penerbit Penyelarasan Tarantella Pictures, Jailani Abdul Ghani, menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro untuk mengambil tindakan lanjut kepada pihak yang telah memuat naik filem tersebut di laman YouTube.

Buat masa ini, filem Ombak Rindu sedang ditayangkan di Astro dan terpulang pada budi bicara mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain di You Tube, pihak kami juga telah dilaporkan bahawa filem ini telah pun dijual menerusi DVD cetak rompak.

Setakat ini kami hanya menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Astro untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Astro, walau bagaimanapun, masih belum mengumumkan sebarang tindakan lanjut tentang perkara itu.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali mula ditayangkan 1 Disember lalu, dan ia mendapat sambutan baik dari peminat filem tempatan, tetapi mengikut perkiraan, ia tidak berjaya mengalahkan filem KL Gangster terbitan Skop Production untuk filem yang mendapat kutipan tertinggi bagi tahun 2011.

Written by serenity | November 16th, 2011

Dalam senarai antisipasi kami, ada filem KIL jua. Filem ini dibikin oleh Flux Visual Lab, yang turut mengeluarkan filem pendek, Lightbulb. Filem ini khabarnya akan ditayangkan sekitar Mac 2012. Flux Visual Lab ni memang awesome bab-bab sinematografi ni, ini boleh kita perhatikan melalui treler filem KIL dan juga filem pendek Lightbulb–gerak kamera dan penataan cahaya yang ‘hidup’. Yang terbaik jua kami pernah tengok untuk filem Malaysia setakat ini. Filem ini dibintangi oleh Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik dan Dira Abu Zahar dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha.


Filem ini mengisahkan Akil (KIL), seorang anak muda yang murung dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia masih tidak berani untuk membunuh diri. Percubaannya untuk mati sentiasa gagal dengan jayanya sehingga dia terjumpa dengan satu penyelesaian yang sempurna, iaitu satu agensi pembunuhan yang aneh. Dengan mengupah agensi ini untuk membunuhnya, pembunuhan yang bakal dilakukan adalah tidak dijangka oleh individu yang hendak mati itu. Dia tidak akan tahu nama pembunuh upahan dan bila atau di mana dia akan mati. Ini ialah sesuatu yang ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara. Secara tiba-tiba, dia mula ragu-ragu tentang niat asalnya untuk membunuh diri. Ironik, bukan? Ini treler filem ini.

Lagi 19 keping gambar screenshots filem KIL dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Facebook KIL.

 
Written by serenity | November 15th, 2011

Ada beberapa filem yang berada dalam senarai antisipasi kami, salah satunya ialah Bunohan. Filem Bunohan ialah sebuah filem bergenre drama aksi dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, dan Tengku Azura . Filem ini ditulis, diarahkan, diterbitkan dan juga digarap lakon layarnya oleh Dain Said.

Bunohan ialah sebuah filem mengenai tiga orang saudara: seorang peninju Tomoi, ahli perniagaan dan pembunuh upahan yang bertarung demi nyawa dalam satu perangkap gelap satu penipuan, kekesalan dan pembunuhan. Kalau  poster itu mengujakan anda, apa kata tonton treler filem ini:

Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia sudah diprebiukan di tiga festival iaitu World Premiere @ Festival filem Antarabangsa Toronto (8-18 Sept 2011) , tayangan perdana di Amerika Syarikat untuk Austin Fantastic Festival (22-29 Sept 2011) dan tayangan perdana Asia Taipei Golden Horse (November 2011). Kami pasti itu satu pencapaian yang amat baik untuk sebuah filem tempatan. Filem ini dijadual untuk tayangan di pawagam Malaysia pada Mac 2012. Untuk maklumat terkini mengenai filem ini, ikuti Facebook Bunohan.

Written by serenity | November 13th, 2011

Filem Ombak Rindu, sebuah adaptasi dari novel laris Alaf 21 karya Fauziah Ashaari akan menemui penonton di pawagam mulai 1 Disember. Pasti ramai yang dah tak sabar-sabar nak tunggu tu, terutamanya yang wanita. Novel ini dikeluarkan sekitar awal 2000-an. Semasa kami belajar dulu, sampai terpaksa ambil giliran sebab nak pinjam buku dari kawan. Maklumlah, nak beli sendiri ramai yang tak mampu, jadi terpaksa meminjam dari kawan yang baik hati sajalah. Petang-petang Ahad yang santai ini apa kata kita layan foto dari filem ini:

Diarahkan oleh Osman Ali, filem ini membariskan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae sebagai pelakon utama. Genre filem ini drama romantik, sebab tu ramai perempuan minat. Lagi 22 keping gambar boleh anda dapati dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Aaron Aziz.