Written by serenity | April 17th, 2012

Tarikh  19    April  2012,  merupakan  satu  tarikh  cukup  bermakna  apabila  filem  Uncle  Usin,  terbitan  Seven    Sketch,  menampilkan    dua  pelakon  komedi  utama,  Zizan  Razak  dan  Johan,  buat  pertama  kali  dalam    sejarah  filem  tempatan  yang  akan  ditayangkan   di    70  panggung  sekitar   Malaysia  dan  Singapura.

Diarahkan  oleh  Husri  Hj.  Husain,    filem  Uncle  Usin  yang    menelan  belanja  RM  1.2  juta  dan    16  hari    penggambaran    ini,  mengisahkan  bagaimana  Spy  13    (  Zizan  Razak    )  seorang  penyiasat  yang  ditugaskan    menyelesaikan  masalah  dihadapi  oleh  Datuk  Haris  (    Mat  Over    )  ,    atas  permintaan  anaknya  Julia  (    Shikin  Kamal  ).  Siasatan  itu  menjadi  lebih  rumit  apabila    Spy    13    telah  bertemu  Spy    11    (  Johan  Raja    Lawak  )  ,    seterunya  ketika   menuntut  ilmu  persilatan  dahulu.  Dalam   masa  yang  sama  juga,    Spy  13    telah  mengetahui  dalang  di  sebalik  perkara  yang  terjadi  adalah    angkara  Manan  (  Ebby  Yus  ).

Bagi  Johan,  filem  Uncle  Usin  merupakan    satu    pengalaman    yang  cukup    bermakna  buatnya.  Kata    Johan,

Inilah  kali  pertama  kami  bergandingan  (    merujuk  kepada  Zizan  Razak  )    dalam  sebuah  filem,    dan    ianya  satu    pengalaman    cukup    menarik.  Tambahan    pula,  kerjasama  dengan    pelakon    lain,  seperti    Shikin  Kamal,  Mat    Over,  Ebby    Yus,  menjadikan  filem  Uncle    Usin  ini  sebuah  filem  keluarga    yang    harus  ditonton.

Photobucket

Photobucket

Zizan  Razak,  memegang  watak  Spy  13  pula  berkata,  Uncle  Usin  merupakan    sebuah    filem  penyiasatan    dengan    unsur  komedi  yang    pastinya  mencuit  hati:-

Tidak    dapat  dinafikan,  filem  komedi  masih    mendapat  perhatian  dan  mampu  menarik  penonton  ke  panggung.  Oleh  kerana  itu,  Uncle  Usin  merupakan  sebuah  filem    komedi  yang  pastinya  mampu  memenuhi  selera  penonton  kini.

Buat  pengarah    juga  penulis  skrip    untuk  Uncle  Usin,  Husri  Hj.  Husain  berkata,  peluang  mengarah    filem    ini  merupakan  satu  pengalaman  yang  pastinya    tidak  dapat  dilupakan.  Kata    Husri,

Bila    kali  pertama    saya  diberitahu    untuk  mengarah    sebuah    filem  gandingan    Zizan  Razak  dan    Johan,  saya  seperti  tidak    percaya.  Mungkin,  ini  peluang  yang  pengarah  lain  idamkan.

Bekerjasama  dengan    mereka  (    Zizan  Razak  Dan  Johan  )    cukup  menarik,  kerana  masing-masing    memberikan  idea  kreatif  yang    mampu  memberikan  satu  impak    berlainan  untuk    filem  ini.

Filem  terbitan  pertama    Sketch  Seven,  Uncle    Usin  akan  mula    ditayangkan  di  70    pawagam    berhampiran    bermula  19  April  2012.  Membariskan  pelakon-­pelakon    hebat  tanahair  seperti  Zizan    Razak,  Johan,  Nabil,  Tania    Zara,  Ebby  Yus,  Mat  Over,  Norazilah  Yahaya,  Yank  Kassim  dan    ramai  lagi,  dan  diarahkan  oleh  Husri  Hj    Husain. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Mari mengenali Kompleks JKKN Sabah:-

 
Written by serenity | March 16th, 2012

Filem Bunohan arahan Dain Said mendapat liputan luas di media konvesional dan sosial kerana memenangi beberapa anugerah di festival filem antarabangsa, termasuk Anugerah NETPAC di Festival Filem Taiwan November tahun lepas. Tetapi setakat 13 Mac, kutipan filem ini baru mencecah RM 330,000.

Sumber

Bagi kami, filem ini amat baik dari segi sinematografi, sudut kamera yang kreatif, latar belakang yang menarik dan mood filem yang ‘gelap’. Tetapi menurut ahli-ahli akedemik dari Universiti Malaya, filem ini agak keliru dengan apa yang ingin disampaikannya.

Mengikut laporan Mstar, Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, Dain Said selaku pengarah filem itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru:-

 Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.

Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik.

Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini.

Manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan, tetapi tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar

Jika anda ingin membaca keseluruhan artikel di Mstar, klik di sini.

Sementara itu, kami telah meninjau rating untuk filem ini di IMDb (Internet Movie Database). Filem ini telah diberi markah oleh 36 orang, termasuk dua orang dari Amerika Syarikat. Dari Amerika Syarikat, 2 orang penonton tersebut memberikan markah purata 3.5 dari 10.

Manakala yang selebihnya bukan dari Amerika Syarikat (kami menganggap dari Malaysia) memberikan markah purata 6.9 dari 10 markah. Untuk pasaran antarabangsa, tajuk filem ini ialah ‘Return To Murder’, dan seorang pengktitik, Nicholeas Bell dari IONCINEMA.com memberikan pendapat:-

“The sophomore effort of Malaysian director Dain Said, Bunohan, plays like King Lear in a murky, jungle landscape, with the narrative focus being transposed to three very estranged brothers. Despite a narrative that seems rife with tragic and violent implications, this surprisingly tame tale has trouble setting a clear tone or managing to bring anything refreshing to the well-tread territory of the ties that bind.”

Tetapi filem ini menerima rebiu yang agak baik dari Kristin Dreyer Kramer dan Peter Martin. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Written by serenity | February 14th, 2012

Ombak Rindu mendapat kutipan yang baik walaupun reaksi terhadap filem itu dari pengkritik filem bercampur-campur. Tahun ini, Osman Ali bakal muncul lagi dengan sebuah filem terbaru yang menampilkan Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle dan Fizz Fairuz iaitu Jiwa Taiko.
PhotobucketSekali tengok, filem ini seolah-olah ada persamaan dengan film KL Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof, tapi itu sekadar melihat gambar. Filem yang diterbitkan oleh Nuansa Films ini dijadualkan untuk tayangan pertegahan tahun ini, juga menampilkan banyak muka baru.

Mengikut sinopsis, Jiwa Taiko adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan. Apa pun mari kita layan gambar-gambar dari filem ini, kredit gambar Facebook Jiwa Taiko Official.

***

 Love to sing? Want to meet new people? Like to travel to fun places? We are calling for participants for Choir Audition 2012 NOW. Auditions will be held on February 25-26, and March 3-4, 2012 at 23rd Floor, MAS Building, Jalan Sultan Ismail. Registration will begin on Saturday, February 25, at 9:00 a.m until 2:00 p.m. You need to sing one of any songs you like! For further information, please don’t hesitate to contact us at 03 2052 3600 / 3648 / 3702 / 3703 or visit www.jkkn.gov.my. See You There!…:)

 
Written by serenity | January 25th, 2012

Memang ramai yang suka dan ingin melihat Aaron Aziz bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama ‘Nora Elena’ iaitu Siti Saleha. Sebelum ini Aaron pernah buat pertama kalinya telah mengarahkan drama Kekasih Awal dan Akhir yang menggandingkan semula dia dengan Siti Saleha dengan turut dibantu oleh Fouziah Gous. Namun, untuk pengetahuan anda, buat masa ini Aaron sedang sibuk dengan penggambaran yang masih menggabungkan mereka bertiga dalam filem ‘Kerat 14’.
Filem ini ialah merupakan sebuah filem psiko-thriller tentang seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian untuk melupuskan bukti. Filem ini khabarnya juga turut menampilkan Zamarul Hisyam dan Ali Arami. Jadi, Aaronators tak dapat menonton Aaron sebagai lelaki macho dan romantik yang membuatnya menjadi kegilaan wanita sebelum ini. Mungkin wataknya nanti penuh keji dan bermandi darah?

Nampaknya tawaran berlakon untuk Aaron tetap lebat dan ini membuktikan yang besar kemungkinan tahun ini tetap menjanjikan populariti untuk Aaron. Apa pun, sekurang-kurangnya kali ini watak Aaron tampak menarik, kami berpendapat mungkin dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-katanya bagi bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak . Sila like Facebook Kerat 14 dan kredit gambar Twitter Aaron Aziz.

***

Pementasan Teater Bangsawan “Kemala Sakti Kesuma Ningrat” anjuran JKKN dengan Kerjasama Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) Sempena Program Semarak Bangsawan 2012 yang membuka tirai persembahan pada 27-28 Januari (Jumaat dan Sabtu) ini bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan bermula jam 8.30 malam. Masuk adalah PERCUMA.