Written by serenity | January 2nd, 2013

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Excellent Pictures hari ini, filem terbaru hasil kerjasama syarikat tersebut dengan syarikat filem milik Datuk Yusof Haslam, ‘Gangster Celop’, sebuah filem aksi komedi akan menemui penonton mulai 21 Februari 2013 di hampir 70 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham, akan menampilkan Syamsul Yusof, Kamal Adli dan penulis blog popular dan cun yang kini menceburi dunia lakonan, Hanis Zalikha.

Saksikan treler filem ini di sini:

Written by serenity | December 5th, 2012

Tahun 2011 menyaksikan dua filem Melayu mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah, iaitu KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan Ombak Rindu arahan Osman Ali. Boleh dikatakan tahun 2011 menyaksikan kebangkitan filem Melayu dari segi kutipan, walaupun sama ada terdapat peningkatan dari segi kualiti itu masih menjadi persoalan.

Tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada jumlah penghasilan filem tempatan. Kalau pada tahun 2011 sebanyak 49 filem dikeluarkan, pada tahun 2012 sehingga Oktober saja sudah 60 filem tempatan dikeluarkan. Malang sekali tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada kos produksi, sepadan dengan jumlah filem dikeluarkan tetapi kutipan kasar merosot dari RM 124.85 juta kepadaRM 82.76 juta.

Filem dengan kutipan signifikan untuk tahun ini ialah Adnan Sempit 2 terbitan Metrowealth Pictures yang meraih  kutipan RM 6.82 juta, Bohsia: Jalan Kembali terbitan Skop Productions mendapat pulangan RM 4.98 juta, Istanbul Aku Datang terbitan RedFilms pula mencatat pulangan RM 3.51 juta, begitu juga dengan Hantu Gangster dengan RM 3.45 juta.

Antara filem yang mencatat kutipan terendah pula ialah Sofazr The Movie Jiwa Kacau, Tai Kun, Momok Jangan Cari Pasal dan banyak lagi filem mendapat pulangan kurang dari RM 1 juta. Apakah yang menyebabkan penurunan kutipan tayangan ini?

Data Filem Cereka Tempatan 2009 -Oktober 2012

FILEM TEMPATAN* 2009 2010 2011 2012
(Jan – Okt)
Jumlah Filem 27 39 49 60
Kos Produksi (juta) RM 40.51 RM 55.61 RM 70.682 RM 95.76
Kutipan Kasar (juta) RM 50.84 RM 85.97 RM 124.85 RM 82.76
Penontonan (juta) 6.03 9.24 13.13 8.37
Purata Kos Produksi (juta) RM 1.50 RM 1.426 RM 1.442 RM 1.596
Purata Penontonan (juta) 0.223 0.237 0.268 0.140
Purata Harga Tiket RM 8.43 RM 9.304 RM 9.509 RM 9.888
Purata Kutipan (juta) RM 1.88 RM 2.204 RM 2.548 RM 1.379

Antara sebab yang mempunyai kemungkinan besar ialah walaupun terdapat peningkatan pada jumlah pengeluaran filem, jumlah filem yang tidak berkualiti yang dikeluarkan mungkin melebihi jumlah pengeluaran filem berkualiti atau yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Apabila seorang penonton membuat keputusan menonton filem, mereka telah meletakkan jangkaan tertentu dan apabila jangkaan tersebut tidak dicapai, mereka akan berasa serik untuk menonton filem tempatan di pawagam lagi. Jadi mungkin salah satu penyebab utamanya ialah pengisian filem itu sendiri: kurang mantap, tidak kena dengan citarasa penonton, jalan cerita yang longgar dan sebagainya.

Tambahan pula dengan harga tiket yang sama, penonton mempunyai banyak pilihan dengan menonton filem antarabangsa yang jauh lebih berkualiti dan menghiburkan.

Faktor kekurangan promosi dan publisiti juga mungkin menjadi salah satu sebab sesebuah filem mendapat kutipan yang rendah. Kami terpaksa mengakui ada antara filem yang mendapat kutipan kurang dari RM 1 juta tidak pernah kami dengar namanya.

Sebab lain yang boleh kami fikirkan ialah gandingan yang dipilih sebagai peneraju utama sesebuah filem yang tidak mantap atau gandingan peneraju yang sama telah ditampilkan dalam filem-filem lain sebelum ini.

Senarai kutipan filem-filem tempatan untuk tahun 2012 dan keseluruhan artikel boleh anda dapatkan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bagaimana dengan anda, adakah anda ingin menyuarakan pendapat anda sendiri tentang kutipan filem dan kualiti filem tempatan untuk tahun 2012 secara umum? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Sumber maklumat dari FINAS.

Written by serenity | October 1st, 2012

Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.

Buat pengetahuan anda juga, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-

FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap

Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua filem Malaysia yang dipertandingkan. Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.

Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.

Apa pendapat anda?

Kredit info blog Tonton Filem.

Written by serenity | September 27th, 2012

Filem Dampak ialah merupakan antara filem terbaru lakonan ‘abang besar’ Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans dan ramai lagi. Dampak berkisar mengenai kehidupan lima adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang tok guru di kampung yang melatih mereka seni mempertahan diri untuk membalas dendam terhadap musuhnya yang menetap di bandar. Kedengarannya seperti jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.

Photobucket

Photobucket

PhotobucketFilem ini menjalani penggambaran mulai 30 Jun lepas dan siap sepenuhnya pada 27 Julai.    Bolehlah kita semua melihat lagi Aaron menampilkan aksi lasak untuk filem ini yang sedang berada dalam kerja pasca-produksi. Filem ini diterbitkan oleh Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Andy Mak dan  Lai Yuk Long. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Dampak.