Written by serenity | May 30th, 2013

Rata-rata peminat filem tempatan telah memberikan maklumbalas yang baik terhadap filem KIL, yang bakal ditayangkan di pawagam hari ini setelah menontonnya di majlis malam gala filem tersebut.

Hari ini filem ini akan memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia. Menurut pengarah filem ini, Nik Amir Mustapha, filem ini berkisar mengenai seorang pemuda yang mempunyai kecederungan untuk membunuh diri namun menemui sebab untuk terus hidup iaitu cinta.

Premis filem ini saja sudah menjanjikan yang ia bukan seperti filem tempatan yang lain yang biasa dihidangkan kepada anda.

Diterajui oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne, filem ini turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat dan Dira Abu Zahar. Nik Amir turut memberitahu dia meminati pengarah Park Chan-Wook, Bong Joon-Ho, Christopher Nolan dan Dain Said.

Untuk info, filem ini menunggu dua tahun untuk ditayangkan di pawagam atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jika anda berkesempatan, sila ke pawagam untuk menonton sendiri filem ini. Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info NST Online dan kredit gambar Facebook KIL.


 
Written by serenity | May 6th, 2013

Satu lagi filem yang diadaptasi dari novel cinta popular ialah Pilot Cafe. Novel asal ditulis oleh Ahadiat Akashah dan pelakon-pelakon utama filem ini ialah pelakon kacak Fahrin Ahmad serta heroin popular Izara Aishah dan Neelofa.




Buat masa ini filem ini sedang dalam proses penggambaran. Diarahkan oleh pengarah Osman Ali, mampukah filem ini untuk mencatat kutipan memberangsangkan seperti filem adaptasi novel yang juga diarahkan oleh Osman Ali iaitu Ombak Rindu?

Trivia filem ini, watak utama yang dipegang oleh Fahrin Ahmad pada asalnya dikatakan akan dibawakan oleh aktor kacak Aaron Aziz. Namun mungkin masih belum ada rezeki untuk menyaksikan gandingan Aaron dan Izara Aishah. Kalau dua pelakon ini bergandingan pasti meletup. Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara memegang watak Maya manakala Neelofa memegang watak Sharmila.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pilot Cafe.


Jangan lupa ke Karnival Seni Kreatif Kita pada 11 dan 12 Mei ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Karnival dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bermacam-macam aktiviti menarik antaranya pameran, demonstrasi seni pertahanan diri Capoeira, persembahan kebudayaan, persembahan komedi “Lawak Ke Der” dan bermacam-macam lagi. Boleh bawa tikar dan makanan sambil berpiknik kita bersantai seni. Jom ramai-ramai!

 
Written by serenity | April 11th, 2013

Jun ini bakal menyaksikan sebuah filem yang diadaptasi dari novel terbitan Fixi iaitu ‘Pecah’ ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Pecah yang dibintangi oleh Izreen Azminda, Tony Eusoff, Soffi Jikan dan Fizz Fairuz diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Khairul Nizam Bakeri.

Namun ia bukan genre yang sama dengan novel popular yang diadaptasi ke bentuk filem sebelum ini seperti Ombak Rindu atau Lagenda Budak Setan. Novel Pecah ialah sebuah novel yang menggabungkan elemen cinta, seram dan juga komedi.


Sekiranya kelainan yang anda mahukan untuk industri filem tempatan, mungkin filem Pecah mampu untuk memberikan kelainan tersebut, dengan jalan cerita yang segar dan menarik. Apatah lagi yang membintanginya sebagai teraju utama ialah pelakon yang terbukti berbakat besar seperti Izreen Azminda.

Jadi apa kata anda serbu pawagam untuk tayangan filem ini nanti sampai pecah panggung! Lagi tujuh belas gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Facebook Filem Pecah.

 
Written by serenity | March 21st, 2013

Hasil kutipan filem-filem Malaysia di Pawagam secara keseluruhannya tidak begitu membanggakan pada tahun lepas, namun tahun 2012 menyaksikan dua filem tempatan diiktiraf oleh pengkritik-pengkritik luar iaitu filem Songlap dan Bunohan.

Bagi kami ini satu perkembangan yang menarik, bila pembikinan filem lebih menepati citarasa global, penayangan filem-filem Malaysia yang berkualiti di pesta filem asing memberikan gambaran yang baik tentang kualiti filem negara.

Tahun ini, satu filem yang kelihatan baik terutamanya dari segi solekan kesan khas bakal muncul di pawagam tidak lama lagi. Filem ini berjudul Paku, diarahkan oleh P. Rameesh dan membariskan pelakon seperti Johan As’ari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jazmin, Kamal Adli, Diddy Hirdy, Wan Hanafisu, Zaidi Omar, Sidik Hussin dan ramai lagi.


Secara ringkas, Paku mengisahkan Fahmi yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya Rania yang meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung mereka, temasuklah menusuk tengkuk jenazah Rania dengan paku. Apa kata saksikan treler filem ini untuk mendapatkan serba sedikit gambaran tentang filemnya? Jom!

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Maklumat lanjut, sila like Facebook Filem Paku.