“Cash Is King” – Tangan & Pinggang Dirantai 3 Bulan, Kisah Penjara-Penjara Di Thailand Buat Ramai Gerun

Kehidupan

“Cash Is King” – Tangan & Pinggang Dirantai 3 Bulan, Kisah Penjara-Penjara Di Thailand Buat Ramai Gerun

Susulan 6 rakyat Malaysia ditahan oleh pihak polis di Thailand akibat memiliki 6000 biji pil kuda, fakta-fakta mengenai penjara-penjara di sana telah meraih perhatian ramai.

Hantaran yang dibuat oleh seorang individu bernama Syimir Yunusi 3 tahun yang lalu tentang melawat penjara-penjara negara tersebut sewaktu membuat latihan kerjaya di bawah Embassy of Malaysia, Bangkok, Thailand kembali tular.

Advertisement

Penjara-penjara di Thailand digeruni

Difahamkan, jumlah pusat tahahan yang ada di negara terbabit adalah sebanyak 144 buah tetapi Penjara Pusat Bang Kwang yang terletak di Nonthaburi merupakan penjara yang paling digeruni.

Ia kerana penjara terbabit merupakan penjenayah hardcore akan ditempatkan, di mana mereka menjadi banduan akhir serta jalani hukuman penjara seumur hidup.

Penjara Big Tiger pula dipenuhi dengan penjenayah daripada golongan mafia yang terlibat dengan pelbagai jenayah berat seperti merompak, mengedar barang terlarang ataupun homisid.

Kaki dan pinggang dirantai selama tiga bulan

Selain itu ada Penjara Bangkok Hitam, penjara ini menempatkan banduan dari luar negara, di mana tiga bulan pertama, kedua-dua kaki dan pinggang akan dirantai secara bersambung. Di sini mereka akan mengalami tekanan melampau yang akan mendorong banduan bunuh diri.

Seterusnya Penjara Pusat Klong Prem yang berlokasi di Chatuchak, Bangkok, di mana menempatkan banduan dengan hukuman selama 10 hingga 50 tahun.

‘Cash is King’, banduan miskin hidup seperti dalam neraka

Difahamkan, penjara di Thailand menggunakan konsep ‘Cash is King’. Banduan yang mempunyai wang ringgit boleh hidup dengan selesa di penjara kerana boleh membayar tukang upah untuk lakukan rutin harian di dalam penjara, malah boleh seludup barang terlarang.

penjara thailand

Kalau banduan tu miskin, penjara ini memang betul-betul neraka, betul-betul teruk. Istilah ‘selesa’ memang tiada dalam kamus penjara Thailand. Selesa ke, bersih ke memang takdelah. Hang tidur berhimpit ditemani tikus melata atas badan, ada lipas atau lipan.

Bahkan, untuk tidur saja mereka perlu mengambil giliran dengan banduan lain dan makanan berupa nasi serta sup ikan hanya diberi sekali dalam masa sehari.

Penyanyi wanita dibawa ke mahkamah narathiwat
4 weeks ago

Penyanyi Wanita Dan 5 Rakyat Malaysia Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Atas Tuduhan Memiliki 6,000 Pil Kuda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : ML Studios

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...