Cari Bendera Putih Sekitar Ipoh, Cik B Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas

Hiburan

Cari Bendera Putih Sekitar Ipoh, Cik B Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas

Anak kepada pengusaha kosmetik terkenal DS Vida, Cik B turut tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada golongan memerlukan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini.

Difahamkan Cik B kini giat mencari ‘bendera putih’ sekitar kawasan Ipoh, Perak untuk menghulurkan bahan makanan dan keperluan harian.

Advertisement

Turut sama menyertai kerja amal tersebut adalah adik lelakinya, Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak dalam kalangan netizen.

“Hari ini saya nak pergi menolong orang yang memerlukan bantuan. Saya nak pergi cari bendera putih. Esok saya akan mengedarkan barangan ini (bantuan). Kalau sesiapa yang mahukan bantuan, anda boleh maklumkan kawasan anda. Tapi hanya di sekitar Ipoh sahaja tau termasuk area Chemor, Chepor, Manjoi, Lembah Kinta dan Meru.”

Perkara tersebut diuar-uarkan Cik B menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

BACA: “Dia,Dia, Aku,Aku..” Isu #BenderaPutih, DS Vida Enggan Disamakan Dengan Ebit Lew

Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu turut memuat naik video ketika dia sedang mengunjungi beberapa buah keluarga yang terjejas dan menyampaikan sendiri bantuan kepada mereka.

Terdahulu, ibu Cik B iaitu DS Vida menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara kenyataannya yang menegur masyarakat untuk menjadi lebih rajin dan tidak semata-mata menunggu bantuan ketika PKP kala ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...