Cara Isi Air Di IKEA, Perkongsian Wanita Ini Raih Tumpuan Ramai

Kehidupan

Cara Isi Air Di IKEA, Perkongsian Wanita Ini Raih Tumpuan Ramai

Korang tahu IKEA? Tipu lah kalau korang tidak tahu, mungkin ada yang jarang menjejakkan kaki ke IKEA tetapi majoriti pastinya tahu akan pusat beli belah barangan perabot terbesar ini.

Selain terkenal dengan perabot dan perlatan rumah mampu milik, IKEA juga menyediakan kemudahan restoran dengan pelbagai menu menarik.

Advertisement

3 years ago

Rakaman Pemuda Berada Di Atas Signboard IKEA Buat Netizen Cuak

Tidak dinafikan, ramai juga yang pergi ke IKEA semata-mata hendak makan di restorannya dan bukan kerana ingin membeli barangan perabot dan peralatan rumah.

Seperti yang kita tahu, restoran di IKEA ini menggunakan konsep layan diri yang mana korang kena ambil makanan atau minuman sendiri dan kemudian bayar di kaunter.

Wanita kongsi cara nak isi air di IKEA, siap boleh refill

Selain makanan di restoran IKEA ni sedap-sedap, minuman kat sini pun berbaloi sebab boleh refill banyak kali. Tapi untuk yang pertama kali ke restoran IKEA, mungkin korang agak confuse macam mana nak isi air di IKEA ni.

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @dapodaaa yang memaparkan seorang wanita berkongsi tentang cara untuk mengisi air di IKEA.

Dalam perkongsian video tersebut, wanita itu pada awalnya menunjukkan pilihan bekas air yang perlu diambil pelanggan mengikut pilihan masing-masing iaitu cawan atau gelas. Cawan untuk air panas manakala gelas untuk air sejuk.

Pelanggan kemudiannya perlu membayar di kaunter dan boleh mengambil air secara layan diri di tempat air yang disediakan. Apa yang mencuri perhatian ramai orang untuk menonton perkongsian video ini adalah kerana ramai yang baru tahu air di IKEA boleh refill.

“Tak ada air milo? Hm tak respect

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.8 juta tontonan, 166.7 ribu tanda like dan 1.3 ribu komen. Rata-rata netizen berterima kasih pada wanita itu kerana menunjukkan tutorial mengisi air dengan betul di IKEA.

Cara isi air di IKEA Cara isi air di IKEA Cara isi air di IKEA Cara isi air di IKEA Cara isi air di IKEA Cara isi air di IKEA Cara isi air di IKEA

Cara isi air di IKEA

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang ramai juga yang masih keliru cara hendak isi air di IKEA serta tidak tahu yang air di pusat beli belah perabot dan barangan rumah itu sebenarnya boleh refill.

Ada juga yang menceritakan pengalaman lucu mereka sewaktu makan di IKEA dengan mengatakan yang kebiasaannya ibunya hanya akan beli air mineral ketika makan dengan keluarga di situ kemudian menjadi tugas tetapnya untuk mengisi air semula dalam botol air mineral itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...