“Cakap Elok-Elok Bolehkan?” – Marah ‘Cashier’ Tutup Kaunter, Cara Lelaki Tegur Undang Perdebatan Netizen

Kehidupan

“Cakap Elok-Elok Bolehkan?” – Marah ‘Cashier’ Tutup Kaunter, Cara Lelaki Tegur Undang Perdebatan Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah video yang memaparkan situasi di sebuah pasaraya melibatkan seorang pelanggan lelaki dengan juruwang kaunter atau cashier telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, pelanggan lelaki itu dilihat berang apabila juruwang tersebut bertindak menutup kaunter pembayaran.

Advertisement

Difahamkan, lelaki berkenaan memarahi juruwang tersebut selepas mendakwa dia sudah lama beratur menunggu giliran dan tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penutupan kaunter.

Mana awak punya ‘sign‘ tutup kaunter? Is this how you treat people? excuse me?. Eh tak nak cakap pulak. Sebab apa, takut saya record?

Malah, pelanggan itu turut cuba memprovokasi juruwang tersebut selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan juruwang itu.

Pastu cakap kurang ajar. Wah-wah senang hidup, jeling apa? Cakap elok-elok boleh?

Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai sehingga mencecah 1.5M tontonan, 1.5K tanda suka, 786 ciap semula, dan 964 ciap balas di laman Twitter.

Meninjau di ruangan balas, terdapat netizen yang mempersoalkan motif pelanggan itu kerana menganggap perkara tersebut boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu dirakam dan ditularkan di media sosial.

Namun, ada juga pihak yang mengatakan mungkin juruwang itu sudah penat kerana telah habis syif kerja dan ingin pulang segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Ditegur Gelojoh Buat Reviu Makanan, 'Influencer' Tampil Mohon Maaf - "Janganlah Sampai Menghina Fizikal Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...