Cabar Diri Untuk Berlakon Jadi Hero , Pelakon Baru Farhan Asri Tak Percaya Diberi Watak Penting Oleh Datuk A. Aida

Hiburan

Cabar Diri Untuk Berlakon Jadi Hero , Pelakon Baru Farhan Asri Tak Percaya Diberi Watak Penting Oleh Datuk A. Aida

Pelakon baru, Farhan Asri berkata dia menganggap tuah menyebelahi dirinya apabila diberi tanggungjawab untuk mendukung watak utama dalam sebuah drama yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Advertisement

Menurut Farhan, dia bakal muncul dalam drama bersiri Menantu Tok Sintok terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada penerbit wanita tersohor itu kerana telah memberikan dia peluang dan mempercayai bakat lakonan yang dimilikinya.

Meskipun beranggapan bahawa industri seni sering saja didatangi dengan wajah baru, Farhan tidak menyangka bahawa kehadirannya dalam dunia seni masih mendapat tempat dan perhatian dalam kalangan produksi tempatan.

View this post on Instagram

Good to see you indeed. Tq Datuk A. Aida???? @a_aidaproduction

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii) on

“Alhamdullilah saya macam tidak percaya apabila Datuk A Aida menawarkan saya peranan penting dalam drama bersiri ini. Jujur tawaran watak utama ini terlalu baharu untuk digalas tapi saya anggap ini satu proses yang bakal ditempuhi sekali gus mengajar saya menjadi pelakon yang lebih baik.”

Rela dikritik dan ‘dimaki’ oleh pengarah asalkan dapat memperbaiki taraf lakonan, Farhan difahamkan akan membawa watak seorang gangster tetapi kelakar yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang wanita dari sebuah kampung.

View this post on Instagram

Thank you, Alhamdulillah @myhmrap and @a.aidaproductionsdnbhd ?? stay safe peeps! Gengster ke??

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii) on

Farhan sebelum ini turut tercalon dalam senarai 20 teratas untuk Kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke – 33.

Sumber : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...