Buku Biografi Rita Rudaini Habis Terjual Sebanyak 3,000 Naskah Dalam Masa Empat Hari

Hiburan

Buku Biografi Rita Rudaini Habis Terjual Sebanyak 3,000 Naskah Dalam Masa Empat Hari

Mendedahkan kisah benar kehidupannya termasuklah kontroversi pernikahan bersama bekas suami, Aidil Zafuan, buku biografi Rita Rudaini berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan yang dilancarkan pada 1 Mei lalu mendapat sambutan yang luar biasa.

Advertisement

Sebanyak 3,000 naskah habis terjual hanya dalam masa empat hari sahaja. Wah! Nampaknya memang ramai yang ingin tahu rahsia kehidupan dan hati Rita.

Untuk cetakan pertama pihak penerbitan menghasilkan 3,000 naskhah dan semuanya habis terjual. Malah, semalam saya dimaklumkan ramai pengunjung pesta buku di PWTC kecewa buku ini habis. Insya-Allah, kami sedang merancang untuk menghasilkan cetakan kedua tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Rita memberitahu beliau tidak kisah andainya dikecam belum lagi “move on” dengan kisah perkahwinan terdahulu.

Biarlah orang lain nak mengata atau terus memburukkan saya di laman sosial. Apa yang penting saya tidak kacau hidup mereka. Lebih banyak mereka mengutuk saya, lebih banyak rezeki Allah berikan untuk saya dan anak-anak. Orang selalu kata saya suka buat cerita, jadi buku ini menjawab segala persoalan ditimbulkan.

Terdahulu, kandungan buku Rita mula menarik perhatian ramai apabila beliau secara eksklusif menyertakan foto pernikahan beliau bersama Aidil yang hanya diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...