‘Bukan Tak Sa­lah­kan Suami Cuma..’ – Stacy Jawab Dakwaan Cemburu Influencer Vietnam

Hiburan

‘Bukan Tak Sa­lah­kan Suami Cuma..’ – Stacy Jawab Dakwaan Cemburu Influencer Vietnam

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang influencer dan model dari Vietnam, Jade Anh, mendakwa lakonannya dalam muzik video terpaksa dipotong kerana isteri vokalis utama cemburu. Walau bagaimanapun, wanita tersebut telah memohon maaf dan mengakui tweet yang dibuat berbunyi seperti dia cuba menyelar isteri vokalis tersebut.

jade ahn
3 years ago

"Atas Kesilapan Komunikasi.." - Influencer Vietnam Mohon Maaf Dakwa Stacy Cemburu

Advertisement

Menerusi laporan Kosmo!, Stacy Anam tampil memberi respon mengenai kontroversi yang hangat diperkatakan itu. Jelas Stacy, dia sejujurnya tidak marah dengan model Vietnam tersebut kerana wanita itu bukanlah dari Malaysia dan tidak mengetahui budaya negara ini.

Apabila model sudah dipilih, baru mereka maklumkan me­ngenai jalan cerita video muzik tersebut.

Bukan tak (mahu) sa­lah­kan suami, cuma dia pun masih berserabut selepas melalui hari yang sukar kerana ibunya baru mening­gal dunia ketika itu.

Dalam hal ini, saya kecewa dengan orang sekeliling yang sepatutnya menjaga dia dan pihak produksi muzik video itu juga. Produksi itu orang Malaysia, kenapa hendak rakam video ala barat.

Tambahnya lagi, tweet yang dibuat suaminya, Akim ditujukan kepada pihak produksi yang degil mahu meneruskan konsep ala barat sedangkan lagu Rampas adalah mengenai kehilangan insan tersayang.

Mengenai isu cemburu, Stacy berkata pihak terlibat tidak sepatutnya menjaja namanya dengan mendakwa dia berasa cemburu.

Mereka tidak hormat dengan seni muzik dan tiada etika semasa bekerja. Saya juga penyanyi dan menggunakan khidmat mo­del (dalam video muzik), mesti saya faham.

Stacy berharap pihak produksi dapat menghormati mesej sesebuah lagu bukanlah berkarya mengikut nafsu semata-mata.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...