Bukan Suara Edry Atau Mesin, Itu Saya Yang Menyanyi – Aliff Syukri

Hiburan

Bukan Suara Edry Atau Mesin, Itu Saya Yang Menyanyi – Aliff Syukri

Ada sesetengah netizen mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan suara Edry KRU untuk menyanyikan single terbarunya, Abang Nak Tegur.  Walaubagaimanapun, Aliff menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan ia adalah suara sebenar beliau tanpa auto tune.

Advertisement

Lagu ini menggunakan 100 peratus suara saya. Buka suara mesin, bukan juga suara Edry. Saya banyak kali berlatih sebelum memulakan rakaman. Edry banyak membimbing dalam membentuk vokal saya.

Saya sedar suara saya tidak sedap, tetapi Edry banyak membantu. Saya masih ingat lagi di sesi latihan sebelum rakaman, satu rangkap lagu saya nyanyikan sebanyak 30 kali untuk membiasakan vokal saya.

Terdahulu, lagu Abang Nak Tegur mendapat dislike yang banyak di YouTube kerana rata-rata pendengar tidak suka dengan suara Nur Sajat yang dianggap sebagai perosak lagu tersebut. Namun, kini ia mendapat sambutan yang agak baik selepas isteri Aliff, Datin Seri Nurshahida pula bersetuju untuk berduet dengan suaminya dalam versi kedua.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...