Bukan Sekadar ‘Balut’ Aurat Tapi Che Ta Mahu Berfesyen Dengan Gaya Patuh Syariah

Hiburan

Bukan Sekadar ‘Balut’ Aurat Tapi Che Ta Mahu Berfesyen Dengan Gaya Patuh Syariah

Pelakon Rozita Che Wan dikenali sebagai selebriti yang sering tampil dengan pelbagai fesyen yang unik, kata orang, kalau Che Ta pakai apa pun, mesti akan nampak anggun dan cantik.

Advertisement

Namun, sejak kebelakangan ini Che Ta nampaknya lebih selesa mengenakan pakaian seperti jubah dan baju kurung yang agak longgar.

Menurut Che Ta, beliau kini dalam usaha untuk menutup aurat dengan sempurna, bukan hanya sekadar memakai tudung, beliau juga mahu berfesyen ke arah patuh syariah seperti yang dituntut dalam Islam. Che Ta akui beliau suda mula rasa malu untuk memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuhnya.

Semenjak awal tahun ini sebenarnya saya sudah mula mengubah kepada fesyen yang lebih patuh syariah dalam usaha menutup aurat dengan sempurna dengan mengenakan pakaian yang longgar. Saya tidak mahu sekadar ‘balut’ aurat tapi sebenarnya tidak sempurna malah dosanya sama sahaja dengan tidak menutup aurat.

Alhamdulillah perlahan-lahan saya cuba ubah ke arah lebih baik dan paling penting istiqamah dalam melakukan sesuatu.

Memang bukan mudah untuk melakukan perubahan tetapi jangan mudah putus asa. Perasaan ikhlas untuk berubah ke arah lebih baik akan hadir dengan sendiri dan kami doakan Che Ta teus istiqamah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...