“Bukan Saingan Langsung!” De Fam Akui Kagum Konsep Muzik Yang Dibawa Kumpulan Dolla

Hiburan

“Bukan Saingan Langsung!” De Fam Akui Kagum Konsep Muzik Yang Dibawa Kumpulan Dolla

Kumpulan trio, De Fam menganggap kemunculan kumpulan nyanyian wanita terbaru, Dolla sebagai bukan saingan sebaliknya tumpang berbangga kerana tampil dengan konsep muzik yang segar dan baharu dalam industri muzik tempatan.

Menurut salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz,29, kemunculan kumpulan Dolla mengingatkan mereka kepada zaman awal penglibatan De Fam dalam industri muzik Malaysia di mana semangat sentiasa meluap-luap untuk terus berjaya.

Advertisement

Tidak menganggap Dolla sebagai sebuah saingan apatah lagi ingin membandingkan sesama mereka, De Fam sebaliknya berasa gembira dengan kemunculan kumpulan wanita itu dalam industri.

View this post on Instagram

What makes true friendship? Comment & Tag friends! ?? #defam #supergirls #defampanas #defamwithyou #bilaadakamu

A post shared by DE FAM (@defamofficial) on

“Kami tidak melihat Dolla sebagai saingan langsung disebabkan mereka muncul berkumpulan. Apatah lagi hendak membandingkan diri dengan mereka. Sebaliknya, kami sangat gembira dengan kemunculan mereka untuk  fammeneruskan legasi kumpulan wanita dalam industri. Tidak kisahlah berkumpulan atau tidak, yang penting pembaharuan dibawa segar dan menarik.”

Tambah Azira lagi, mereka juga berasa kagum dengan konsep yang dibawakan Dolla iaitu muzik K-Pop dan sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep mereka sendiri.

View this post on Instagram

Never be afraid to do things that makes you feel free. ? #loveinspades . #defamPANAS

A post shared by DE FAM (@defamofficial) on

“Inilah yang kita mahukan bagi memajukan lagi industri. Jika ada lagi kumpulan wanita lain yang muncul selepas ini, lebih bagus.”

Sekadar info, kumpulan De Fam turut dianggotai Cik Manggis dan Sophia Liana selain Azira. Kumpulan ini mencipta nama sejak tahun 2015 menerusi lagu-lagu popular seperti Supergirls, With You dan Panas.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...