Bukan Persenda Agama, Adatlah Iman Naik Turun – Safiey Illias Respon Isu Dikecam Mahu Besarkan Payudara

Hiburan

Bukan Persenda Agama, Adatlah Iman Naik Turun – Safiey Illias Respon Isu Dikecam Mahu Besarkan Payudara

Kalau anda masih ingat, satu ketika dahulu usahawan kosmetik, Safiey Illias pernah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila ingin kembali ke pangkal jalan dan berubah daripada seorang “mak nyah”  ke jantina asalnya. Malah, Safiey memberikan inspirasi kepada golongan “mak nyah” lain dan muncul dalam pelbagai program televisyen berceritakan mengenai “penghijrahannya” itu.

Advertisement

Namun, sejak minggu lalu, nama Safiey kembali mencetuskan kontroversi apabila tampil berpakaian seksi seperti wanita semula, bergambar mesra bersama seorang lelaki dan berhibur di kelab malam.

Lebih mengejutkan rakyat Malaysia apabila Safiey didakwa mahu menjalani pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan satu foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram. Safiey dilihat sedang memilih silikon payudara disebuah klinik. Tentu sekali tindakan Safiey itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa beliau mempersendakan agama.

Walaubagaimanapun, Safiey tidak berdiam diri dan memuat naik satu respon mengenai isu tersebut di akaun Instagramnya. Menurut Safiey, adatlah sekiranya iman itu ada naik turunnya.


Bukan mudah untuk kita melakukan perubahan apatah lagi jika sesuatu itu sudah bertahun lamanya sebati dalam diri kita tetapi tidak bermakna kita harus mudah mengalah dan terus hanyut. Dalam hal ini, Safiey sepatutnya mempunyai azam yang kuat dan cuba untuk terus istiqamah untuk tidak menjadi perempuan semula. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Safiey semoga beliau kembali ke pangkal jalan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...