“Bukan Nak Back Up..” – Janna Nick Minta Netizen Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Shuk

Hiburan

“Bukan Nak Back Up..” – Janna Nick Minta Netizen Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Shuk

Beberapa hari ini, dunia hiburan tempatan sibuk memperkatakan mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Ianya bermula apabila wanita itu kembali mendedahkan kecurangan suaminya bersama Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan lelaki itu dahulu menerusi laman Instagram.

Advertisement

shuk sahar curang
3 years ago

"Selama Ini Aku Diam Demi Jaga Aib Suami" - Isteri Dedah Shuk Sahar Curang Lagi?

Meskipun rata-rata rakan selebriti memilih untuk tidak memberikan komen mengenai hal tersebut namun netizen nyata tidak mampu memendam rasa marah dek perbuatan Shuk itu.

Pun begitu, Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya memilih untuk menitipkan nasihat kepada orang ramai yang banyak mencampuri urusan rumah tangga pelawak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Pelakon itu memulakan kenyataannya itu dengan mengatakan bahawa dia bukanlah mahu memenangkan Shuk.

“Bukan nak back-up Shuk tapi kita tak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang biasa di luar sana yang ada skandal semua bezanya mereka bukan artis. Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.”

Jelas Janna lagi, kita sebagai orang luar pastinya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga mereka. Jadinya kita tidak tahu siapa yang salah ataupun yang betul.

“Nanti kena pada batang hidung sendiri, baru kita nak sedar. Jadi lebih baik, doakan yang baik baik. Kita asyik kutuk sana, kutuk sini pun tak guna. Silap-silap esok mereka suami isteri baik balik.”

Korang setuju tak dengan pendapat Janna?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...