Bukan Mirip, Roslan Shah Akui Gambar Tersebar Memang Dirinya

Hiburan

Bukan Mirip, Roslan Shah Akui Gambar Tersebar Memang Dirinya

Penyanyi dan pengacara dari Singapura, Roslan Shah, mengakui gambar yang tersebar menunjukkan dia baru keluar dari bilik mandi ialah gambarnya.

Menurutnya, ia satu gambar pegun dari sebuah video yang dirakam oleh rakannya.

Advertisement

Ia sebenarnya video yang dirakam oleh seorang rakan saya yang ingin bergurau selepas saya keluar dari bilik air ingin ambil tuala di atas katil.

Saya minta dia padam video itu dan dia memberitahu sudah memadamnya namun tak sangka pula dia masih menyimpan sehingga tersebar.

mStar Online melaporkan, Roslan juga memberitahu yang rakannya itu juga cuba mengaibkannya dengan menyebarkan video tersebut kepada musuhnya.


Punca dia berbuat demikian tidak diketahui oleh Roslan namun dia memilih untuk memaafkan rakan itu.

Kawan saya ini berkawan dengan ‘musuh’ saya dan saya dapat tahu dia sudah berikan video itu kepada musuh-musuh saya.

Tertekan dan rasa teraniaya itu memang ada kerana perbuatan itu boleh merosakkan karier saya, dengki tidak habis-habis.

Saya tidak tahu apa salah saya tetapi saya pilih untuk maafkan sahaja dan akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan selepas ini.

Sementara itu dia menulis di Instagram:

Cik Lan akui dan memohon maaf, Cik Lan memang suka berbo*** dalam bilik hotel kerana bilik adalah privasi. Kebetulan semasa mahu kencing Cik Lan terus ke bilik air. Tuala ada di atas katil Cik Lan.

Sekarang Cik Lan kena berhati hati berkawan dengan sesiapa saja. Mohon maaf sekali lagi ya.

Bagaimanapun Roslan tidak mendedahkan identiti rakannya yang berbuat demikian mahupun ‘musuh’ yang cuba menjatuhkannya. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...