Bukan Lagi Rakan Kongsi Francais Bubblebee, Shuib Dah Tak Baik Dengan Sharnaaz Ahmad?

Hiburan

Bukan Lagi Rakan Kongsi Francais Bubblebee, Shuib Dah Tak Baik Dengan Sharnaaz Ahmad?

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu baru-baru ini memaklumkan bahawa Sharnaaz Ahmad bukan lagi rakan kongsi bagi perniagaan minuman francais Bubble Bee yang berada di bawah pengurusannya.

Meskipun sudah tidak bergelar rakan kongsi, Shuib berkata hubungannya bersama duda anak satu itu tidak mempunyai sebarang masalah.

Advertisement

Namun begitu, Shuib memberitahu bahawa dia tidak tahu punca Sharnaaz enggan lagi meneruskan bisnes tersebut.

Saya dengan dia okey tiada masalah. Namun saya tak tahu punca dia enggan teruskan bisnes ini. Saya buat perbincangan sangat baik dengan Sharnaaz. Kami beli semula cawangan itu semuanya berjalan lancar.

Shuib yang ditemui Harian Metro berkata bahawa Sharnaaz seorang yang sibuk dan mungkin menjadi punca dia melepaskan francais itu.

Katanya lagi, dia masih berjumpa dengan Sharnaaz dan bermain golf bersamanya.

Saya boleh pergi main golf dengan dia dan lepak dengannya. Buat program pun bersama-sama dengan dia. Memang tiada masalah langsung sebab dia pun bisnesman.

Menganggap bidang bisnes dan industri hiburan dua bidang yang berbeza, Shuib juga memaklumkan bahawa dia menjadikan Datuk Rosyam Nor sebagai inspirasi untuk terus maju ke depan bersama perusahaannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"No Comment..." - Pergi Konsert Berdua, Daiyan Trisha Rahsiakan Status Hubungan Dengan Aedy Ashraf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...