Bukan ‘Curi Tulang’, Tapi Ambil Peluang Lelap Mata 20 Minit Banyak Kebaikannya!

Kehidupan

Bukan ‘Curi Tulang’, Tapi Ambil Peluang Lelap Mata 20 Minit Banyak Kebaikannya!

Tidur siang atau lebih sering disebut sebagai napping merupakan perbuatan tidur untuk tempoh yang sekejap dan ia difahamkan merupakan cara yang sihat untuk mudah tidur pada waktu malam.

Napping bukan hanya untuk bayi, malah orang dewasa juga memerlukannya kerana banyak kebaikan yang akan diperoleh daripada itu dan antaranya adalah:-

Advertisement

1. Meningkatkan tenaga

tidur 20 minit

Ia mampu untuk membuatkan anda lebih bertenaga serta dapat meningkatkan tahap kewaspadaan dan prestasi motor.

Tempoh waktu yang paling bagus untuk memperbaiki kemahiran motor serta fokus anda adalah 20 minit.

2. Menguatkan memori

tidur 20 minit

Tidur siang untuk seketika waktu dikatakan membantu untuk anda mengingati perkara yang dipelajari sebelum napping itu 5 kali lebih baik berbanding anda tidak tidur selepas belajar.

Jika anda terlalu penat namun masih banyak kerja yang perlu dilakukan, lebih baik tidur untuk 20 minit dari mengambil secawan kopi.

3. Membantu lebih fokus dan peka

tidur 20 minit

Kalau sudah rasa berat dekat kelopak mata dan pekerjaan yang dilakukan pun tidak di tahap yang baik, maka lebih baik anda ambil sedikit masa untuk melelapkan mata kerana ada kajian berkata, lelapkan mata selama 20 minit lebaik baik untuk tingkatkan tahap kepekaan anda dari tidur yang lama.

4. Melegakan stress

tidur 20 minit

Jika anda sedang mengalami gangguan emosi serta tertekan, napping boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesihatan imun diri.

Apabila seseorang itu kekurangan tidur, ia boleh menyebabkan kandungan hormon tekanan menjadi berlebihan di dalam tubuh badan.

5. Meningkatkan mood bekerja

tidur 20 minit

Sudah semestinya apabila kita bekerja, akan ada masa mood terganggukan? Dengan tidur siang atau mungkin berehat tanpa tidur mampu untuk menaikkan mood anda yang hilang itu.

Menurut pakar, ketenangan akan hadir apabila anda berehat atau berbaring, tidak kira sama ada anda tertidur ataupun tidak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Noh Hujan Mizz Nina
2 years ago

"Musa Kini Mahram Saya.."- Rawatan IVF & IUI Tak Menjadi, Noh & Mizz Nina Ambil Anak Angkat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...