Baru-baru ini viral seorang Instafamous dan juga adik kepada selebriti popular yang menimbulkan kemarahan ramai apabila memperlekehkan sebuah jenama telefon pintar. Pelbagai kecaman yang diterima oleh individu terbabit.
Isu itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang meyifatkan tindakan Instafamous itu tidak matang. Tidak perlu terlalu menunjuk sekiranya kurang gemar dengan jenama berkenaan.
Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk. Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama.
Walaubagaimanapun, Janna berpendapat isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi dan kenyataan yang dikeluarkan itu hanya bersifat peribadi.