“Buat Malu Je” – Komen Persembahan Peluang Kedua, Hafiz Hamidun Diserang Netizen

Hiburan

“Buat Malu Je” – Komen Persembahan Peluang Kedua, Hafiz Hamidun Diserang Netizen

Nama Nabila Razali mula trending di Twitter selepas persembahannya dikatakan ‘terkucil’ di bahagian korus lagu Peluang Kedua. Pelbagai respon yang diterima orang ramai apatah lagi apabila melihat Nabila telah mencuba sebaik mungkin di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL35).

Walau bagaimanapun, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengundang kecaman apabila memuat naik hantaran seakan menghentam persembahan Nabila Razali. Hasil tinjauan di Twitter, Hafiz dipercayai telah memadam tweet tersebut.

Advertisement

Menurut individu ini, sebagai rakan artis, Hafiz perlu tahu betapa pentingnya saling memberi sokongan lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan. Katanya lagi, hantaran yang dibuat Hafiz itu agak memalukan.

Sementara itu, individu lain berpendapat Hafiz tidak profesional dalam memberikan pandangan. Mereka turut mempersoalkan mengapa hantaran dipadam jika ianya hanyalah pendapat peribadi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...