Buat Hal Di KLCC, Minah Saleh ‘Karen’ Akhirnya Dikompaun RM3,000

Berita

Buat Hal Di KLCC, Minah Saleh ‘Karen’ Akhirnya Dikompaun RM3,000

Akibat membuat onar dan mencetus kekecohan di pusat membeli belah mewah KLCC, wanita warga asing dipercayai berasal daripada United Kingdom yang tular di media sosial baru-baru ini akhirnya telah dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa Malaysia.

Respon KJ wanita mat salleh tak nak pakai mask
2 years ago

Tular Individu Bernama "Karen" Enggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, KJ Bagi Respon Ringkas Tapi Padat

Advertisement

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya di mana wanita yang digelar ‘Karen’ oleh warga maya itu telah dikenakan dendan sebanyak RM3,000 di atas dua kesalahan.

Karen KLCCSumber : Google  

Jelas Noor Dellhan, kompaun itu dikeluarkan setelah dia melanggan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit yang setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500 iaitu tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan kerana gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera dan juga gagal memakai pelitup muka ketika berada dalam premis.

Pihak polis sebelum ini memaklumkan bahawa mereka ada memanggil seorang wanita warga asing untuk dirakan keterangan susulan satu klip video yang tular sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...