“Buat Bila Bergejala” – Dr Izzar Kongsi Sebab Mengapa Ujian RTK Boleh Berubah Dari Negatif Ke Positif

COVID-19

“Buat Bila Bergejala” – Dr Izzar Kongsi Sebab Mengapa Ujian RTK Boleh Berubah Dari Negatif Ke Positif

Susulan peningkatan kes harian COVID-19 pada ketika ini, pastinya anda pernah membuat ujian kendiri RTK Antigen di rumah bagi mengetahui status kesihatan anda kan?

Namun, terdapat juga laporan. dan kes-kes di mana mereka yang membuat ujian kendiri mendapat keputusan negatif pada awalnya namun setelah beberapa hari kemudian, apabila dilakukan sekali lagi, keputusan bertukar positif pula.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Dr Izzar Anwari yang merupakan suami pelakon Umi Nazeera berasa terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai waktu dan cara melakukan ujian kendiri yang betul sebagai panduan buat mereka di luar sana.

Jelas Dr Izzar, untuk mendapatkan keputusan yang tepat,  seseorang perlulah menggunakan kit ujian kendiri pada waktu ‘viral load’ seseorang itu sedang memuncak iaitu dari 3 hingga ke 5 hari individu itu terdedah dengan pesakit positif.

Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif COVID-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba-tiba bergejala, pun buatlah ujian kendiri.

Malah, dalam tempoh tersebut, ‘viral load’ atau juga dikenali sebagai ‘infectious period’ itu akan menyaksikan seseorang yang dijangkiti COVID-19 akan mula menunjukkan gejala seperti sakit tekak dan sebagainya.

Test kitSumber : Google  

Katanya lagi, sekiranya ‘viral load’ tak cukup tinggi, ujian kendiri itu sendiri tak dapat mengesan virus COVID-19 dan akan menunjukkan kesan negatif walaupun seseorang itu sebenarnya positif.

Sebagai konklusi, Dr Izzar menyarankan agar ujian kit kendiri tersebut dibuat apabila anda mula menunjukkan gejala dan menggunakan kit yang diperakui oleh MDA serta mengikut arahan penggunaan yang betul.

Dr Izzar
1 year lalu

"Tidak Digalakkan.." Suka Guna 'Spray Gun'? Ini Penjelasan Dr. Izzar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...