Buang Sampah Luar Dari Tong MBSP, Individu ‘Cuak’ Terima Amaran Dari Unit CCTV

Kehidupan

Buang Sampah Luar Dari Tong MBSP, Individu ‘Cuak’ Terima Amaran Dari Unit CCTV

Padah membuang sampah luar dari kawasan yang ditetapkan, seorang individu lelaki akhirnya menerima amaran secara langsung dari unit CCTV.

Pegawai tersebut turut menyebut nombor plat dan warna kereta individu tersebut menggunakan speaker yang boleh didengar orang ramai.

Advertisement

“Salam sejahtera, Unit Kawalan CCTV MBSP, perhatian kepada pemilik kenderaan proton Wira maroon

“Anda telah membuang sampah di luar tong sampah MBSP, anda diminta mengambil kembali sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah”

Ia juga turut disertakan dengan amaran awal untuk mengambil tindakan penguatkuasaan melalui CCTV.

Sedar tindakannya diperhatikan, individu itu terus bergegas membuang sampah itu kedalam tong MBSP. Wah, nasib baik dia peka dengan announcement itu ya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pegawai dari unit CCTV itu. Sedikit sebanyak, tindakan ini dapat menyedarkan ramai pihak bahawa mereka sedang diperhatikan.

SUMBER : TIKTOK

Semoga jadi pengajaran buat semua, jangan sesuka hati buang sampah selain dari tempat yang disediakan ya, jagalah kebersihan kita bersama.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...