Datuk Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman ditahan reman lagi selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo. Boy tiba di mahkamah sekitar jam 11 pagi tadi dalam keadaan bergari dan diiringi anggota polis.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Boy sebelum ini pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.
Setakat ini, lebih 210 laporan diterima polis daripada mangsa di seluruh negara berhubung skim penipuan rumah murah yang diusahakan oleh syarikat DBI Properties milik Boy.