“Bosan, Lena Dulu..” – Guru Kongsi Jawapan Esei Pelajar Form 3 Biadap, Netizen Berang Bila Baca

Berita

“Bosan, Lena Dulu..” – Guru Kongsi Jawapan Esei Pelajar Form 3 Biadap, Netizen Berang Bila Baca

Sudah menjadi kebiasaan apabila seorang guru perlu cekal dalam menghadapi pelbagai karenah pelajar yang kadang-kala melampaui batasannya.

Baru-baru ini, seorang guru bernama Nurzuhaili Shamsudin telah berkongsikan pengalamannya di Facebook ketika menanda kertas peperiksaan pelajar tingkatan 3 dan terdapat satu jawapan daripada pelajar yang membuatkan dirinya ‘termenung’ seketika melihat kertas esei terbabit.

Advertisement

Difahamkan, soalan di dalam kertas itu memerlukan pelajar menulis sebuah karangan pendek berjumlah 120 patah perkataan berkenaan insiden di rumah jiran mereka dan para pelajar turut diberikan key point untuk menyiapkan karangan mengikut idea mereka.

Hal ini dianggap melampaui batas kerana terdapat seorang pelajar menconteng ruangan jawapan dengan kata-kata yang kurang beradap dan antara kata-kata yang ditulis adalah ‘bosan’ serta ‘lena dulu’.

Facebook pelajar biadapSumber : Facebook 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah dengan kelakuan pelajar yang dianggap biadap itu dan ada juga yang menyalahkan gajet serta media sosial, memandangakan sekarang ini pelajar perlu belajar atas talian.

Rasanya adik tak perlu kot conteng sampai macam tu sekali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Wanita China mengamuk baling air boba
2 years ago

Wanita Mengamuk Pesanan Tak Dihantar Depan Pintu Rumah, Baling Air Pada 'Rider' Dan 'Guard'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...