‘Birthday Terakhir Bersama Saya’ – Eina Azman Hadiahkan Bibik Rantai Emas Sempena Hari Jadi

Hiburan

‘Birthday Terakhir Bersama Saya’ – Eina Azman Hadiahkan Bibik Rantai Emas Sempena Hari Jadi

Sebut sahaja nama Datin Paduka Eina Azman, pasti ramai terbayangkan kemahirannya memasak di dapur. Walaupun masih muda dan hidup mewah, Eina Azman dilihat menyediakan sendiri makanan untuk keluarganya tanpa kekok.

Advertisement

Selain masakan, pengikut di media sosialnya turut memberi perhatian kepada cara layanan pelakon ini kepada pembantu-pembantu rumahnya. Mereka dilihat sangat akrab dan Eina Azman sendiri sudah beberapa kali memberi hadiah tanda penghargaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Terbaru, sempena ulang tahun kelahiran bibik Megawati, Eina Azman sebagai majikan telah membuat kejutan sebuah kek dengan hadiah seutas rantai emas. Difahamkan, ini merupakan rantai emas kedua dari Eina Azman untuk pembantu rumahnya itu. Dia berharap bibik Mega gembira dengan sambutan terakhir bersamanya tahun ini.

Di ruangan komen, peminat memuji kebaikan yang telah ditunjukkan Eina Azman. Dia juga dengan selamba memeluk pembantu rumah tanpa batasan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Eina Azman

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...