Biodata Ringkas Firdaus Wong Wai Hung

Gaya Hidup

Biodata Ringkas Firdaus Wong Wai Hung

Nampaknya insan bernama Firdaus Wong Wai Hung semakin menjadi sebutan apabila aktif membantu mangsa-mangsa gangguan seksual. Firdaus yang sebelum ini hanya berdiam dan menyerahkan segala bukti kepada pihak polis akhirnya berkongsi bahan bukti itu di Telegram. Beliau mengatakan tujuan perkongsian itu adalah untuk menjadi pengajaran kepada semua dan telahpun mendapat izin keluarga mangsa. Tapi kita bukan nak bahas mengenai perkara ini.

Siapa sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung?

This image has an empty alt attribute; its file name is 29260979_1473322826112032_3525840388176740352_n-547x600.jpg

Advertisement

Firdaus Wong Wai Hung yang kini berusia 38 tahun adalah seorang pendakwah bebas selepas memeluk agama Islam pada 10 Ogos 2005. Firdaus yang sebelum itu menganut agama Buddha meninggalkan agama itu pada usia 18 tahun dan menjadi seorang pemikir bebas atau free thinker.

Saya meninggalkan Buddha pada usia 18 tahun dan menjadi seorang pemikiran bebas (free thinker). Ketika itu, saya bebas melakukan apa saja termasuk minum arak, berjudi dan pergi ke kelab malam.

Apabila berhijrah ke Kuching, saya berasa agak sunyi berbanding tinggal di ibu kota. Ketika itulah saya berfikir tentang tujuan hidup ini dan keinginan masuk ke syurga selepas mati. – Kongsi Firdaus.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_2021-09-19_14-16-21-840x600.jpg

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_2021-09-19_14-16-21-2-868x600.jpg

Pernah mewakili skuad bola sepak kebangsaan bawah-20 tahun bersama Safee Sali?

Siapa sangka Firdaus Wong yang berbangsa Cina pernah menjadi pemain bola sepak kebangsaan. Kisah ini dikongsikan beliau di Telegram miliknya di mana dia telah bermain dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun pada 2002.

Masa itu masih belum Islam. Antara player yang saya masih ingat dalam skuad ialah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani. Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin.

This image has an empty alt attribute; its file name is firdaus-wong-471x600.jpg

Beliau juga memaklumkan pernah mewakili skuad bawah 17 tahun pada 1998 untuk Kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar.

Firdaus turut berkongsi gambar menunjukkan dirinya terlibat dalam Kejohanan Piala Nike 1998 di PULAPOL. Beliau yang mewakili Kuala Lumpur menentang Sarawak dan berjaya menjaringkan 2 gol walaupun dalam posisit tahanan. Pasukannya pada waktu itu telah membelasah Sarawak 11-0.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-24-800x600.png

Pernah dipulau kawan-kawan

Situasi ini pastinya akan dilalui oleh setiap individu yang membuat keputusan untuk menukar agama. Firdaus Wong yang dipulau rakan-rakan bagaimanapun kuat dan tidak pernah terfikir untuk mengubah keputusannya untuk terus bersujud kepada Allah.

Mereka bebas memilih agama yang dianuti dan begitu juga saya. Lagi pula, saya seorang yang degil, tiada siapa yang berani halang keputusan saya.

Sanggup lepaskan jawatan tinggi dengan gaji lima angka

This image has an empty alt attribute; its file name is 20294165_1253504401427210_3619723571631212431_n1-768x576-1.jpg

Nama Firdaus Wong ini semakin mendapat perhatian apabila beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai ketua pengurus kewangan di sebuah syarikat antarabangsa pada tahun 2013 demi mencari keredaan Allah SWT.

Beliau kemudian menubuhkan pertubuhan Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada orang Muslim dan orang bukan Islam di seluruh dunia.

Saya sanggup meninggalkan semuanya semata-mata untuk berdakwah. Ia bukan satu pengorbanan, tetapi salah satu cara saya menunjukkan rasa cinta kepada Allah SWT.

Perkara sama turut dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup meninggalkan harta dan ahli keluarga mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah bagi menyebar luas Islam

This image has an empty alt attribute; its file name is 49310562_1855352297909081_6920890612644315136_n-796x600.jpg

Itulah serba sedikit kisah yang pernah dikongsikan Firdaus Wong Wai Hung tentang dirinya. Semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat menjadi contoh baik buat kehidupan kita.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...