Biarlah Mereka Nak Kata Apa Pun Tentang Majlis Pertunangan Kami – Elfira Loy

Hiburan

Biarlah Mereka Nak Kata Apa Pun Tentang Majlis Pertunangan Kami – Elfira Loy

Sepanjang Abang Nara menulis di BeautifulNara, rasanya inilah kali pertama majlis pertunangan selebriti menjadi bualan ramai dan dikritik dengan begitu hebat sekali oleh netizen. Ramai juga rupanya ‘haters’ Elfira Loy dan Suffian Suhaimi ini. Tapi kata orang, bila seseorang itu meluat, salah satu sebabnya ialah dia tak dapat nak buat benda yang sama.. Mungkin ramai yang cemburu kerana tidak mampu melangsungkan majlis pertunangan yang penuh gilang-gemilang seperti pasangan ini. Tak gitu?

elfira loy

Advertisement

Apa pun Abang Nara respek dengan tindakan Elfira Loy yang buat tidak peduli dengan kata-kata orang luar. Bagi Elfira, majlis pertunangannya dah selesai dan berjalan dengan lancar. Itu yang paling utama. Kata Elfira:-

Bagi saya, biarlah mereka hendak berkata apa pun mengenai majlis pertunangan kami, tempoh hari. Saya bersyukur kerana kami berdua sudah selamat ditunangkan. Mereka yang memperkatakan mengenai majlis terbabit dan dengan mudah menjatuhkan hukum pula sebenarnya terbukti tetap mengambil tahu mengenai perkembangan kami, biarpun kononnya mereka kata tidak peduli.

Malah, saya juga sedar, tidak kurang pengikut di laman Instagram yang terang-terangan membuat provokasi dengan pertanyaan apakah saya sudah bernikah? Sedangkan sudah jelas ditulis, ia hanyalah majlis pertunangan.

Namun, apabila kita dikelilingi oleh mereka yang menjadi tulang belakang dan sudi menghulurkan kerjasama, masing-masing diberikan ruang untuk berkarya. Saya anggap semua itu sebagai rezeki dan hadiah tajaan cukup bermakna.

Ada juga di antara mereka yang julung kali bekerjasama dengan saya. Justeru, majlis berkenaan secara tidak langsung menjadi ruang terbaik untuk mereka memperkenalkan perniagaan masing-masing. Ia sesuatu yang baik untuk jangka panjang. Saya sendiri tidak nampak sesuatu yang salah pun di situ

elfira loy

Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Yang penting kita sendiri happy dan puas hati. Pedulikanlah kata-kata orang lain. Diharap Elfira Loy dan Suffian Suhaimi tidak mengambil pusing kritikan daripada netizen. Semoga segala perancangan untuk majlis perkahwinan tidak terjejas selepas ini. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...