“Biar Pampasan Ditentukan Undang-undang Sebagai Pengajaran,” Aishah Nekad Saman Hartawan Kosmetik?

Hiburan

“Biar Pampasan Ditentukan Undang-undang Sebagai Pengajaran,” Aishah Nekad Saman Hartawan Kosmetik?

Pendedahan Aishah mengenai kalung berlian pemberian Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida sempena kemenangan Aishah dalam Kejuaraan Gegar Vaganza tahun lepas ialah kalung palsu mengundang simpati sesetengah pihak terhadapnya.

Antara yang bersimpati ialah pengasas sebuah produk kecantikan yang menyatakan hasrat untuk menghadiahkan Aishah seutas gelang emas, untuk memulihkan hubungan artis Malaysia dengan pengusaha kosmetik di Malaysia.

Advertisement


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Memuat naik mengenai tawaran itu di media sosial, Aishah bagaimanapun menolak pemberian mereka atas dasar prinsip. Aishah menulis:

Terima kasih di atas tawaran dari @kaseh_beauty_skincare_hq untuk menghadiahkan barangan emas.Terharu di atas kepekaan pihak ini tapi perjuangan saya melebihi angka wang ringgit atau barangan bernilài.

Perjuangan saya bukan saja untuk diri saya tetapi untuk teman-teman artis lain semoga kami tidak diperlekeh dengan janji-janji gebang pihak tertentu.

Biarlah selepas ini kalau ada sebarang pampasan ia ditentukan oleh undang-undang sebagai pengajaran. Anyway,thank you so much for the offer, sebagai seorang wanita tentu saja hati melonjak bila dapat tawaran begitu.

Tapi demi prinsip saya terpaksa tolak tawaran ini. Biarlah malam ini saya mimpi saja memakai gelang emas tu dan tersenyum.

Dari muat naik Aishah ini, mungkin sudah hampir pasti dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida? Sebelum ini juga dia memuat naik gambar dengan pemenang kedua dan ketiga Gegar Vaganza 4 iaitu Liza Hanim dan Lan Solo. Pertemuan mereka dipercayai kerana hadiah yang diterima dari penaja. Semasa hadiah itu diberikan, Vida mendakwa ianya bernilai ratusan ribu ringgit jika dijumlahkan.

Meluahkan kekecewaannya Aishah mengaku hatinya terhiris kerana peserta-peserta GV4 sepertinya dikatakan artis suam kuku dan tidak laku sebelum menyertai Gegar Vaganza.

Aishah sebelum ini mendedahkan kalung berlian didakwa bernilai RM 80,000 oleh Vida sebenarnya tidak mempunyai nilai. Aishah memberitahu dia mengetahui tentang perkara itu setelah ke kedai emas untuk menggubah semula kalung pemberian Vida. Pemeriksaan pakar batu permata mendapati kalung itu hanya bertatahkan batu nilam tiruan dan kubik zirkonia.

Semasa diberikan kepada pemenang GV4, barang kemas tersebut didakwa Vida dari kedainya, DSV Gold and Jewelry.

Aishah telah cuba menghubungi Vida untuk menyelesaikan perkara tersebut sejak setahun lepas, namun mendedahkan kepada umum mengenai perkara itu setelah usahanya untuk berbincang dengan pengusaha kosmetik itu menemui jalan buntu. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...