Bukan kali pertama terpalit dengan kontroversi dan dikecam, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi muat naik terbaru beliau di akaun Instagram berkata beliau redha dengan segala kritikan dan percakapan orang tentang dirinya.
Status itu dipercayai berkaitan dengan tindakan ‘gimik’ tidak menjadi beliau serta kelancangan mulutnya sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai ketika mempromosikan produknya di GV 5 semalam.
Bagaimanapun, masih ada netizen yang menganggap status tersebut hanya sebahagian ‘drama’ Aliff untuk meraih simpati dan publisiti. Mereka tidak mengerti mengapa Aliff masih lagi pura-pura merasa dirinya tidak bersalah.
Rata-rata netizen berharap Aliff selepas ini akan lebih berhati-hati sebelum bercakap dan tidak lagi mengguris perasaan orang lain. Terdahulu, Datuk Fazley Yaakob juga ada menegur Aliff dan menggesanya supaya memohon maaf.