Hari ini seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada berita pendakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan kes pecah amanah dimana belau memindahkan RM 42 juta ke dalam akaun peribadinya dari bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd.
Tentu sekali berita tersebut mendapat reaksi penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang juga menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
Fazley menerusi akaun Instagramnya berpendapat memang sudah tiba masanya unutk rakyat Malaysia mengetahui kebenaran disebalik segala skandal penyelewengan wang dan kes-kes lain melibatkan bekas perdana menteri itu. Keadilan haruslah ditegakkan.
Namun, Fazley turut mempersoalkan penahanan Najib Razak, adakah benar beliau betul-betul bersalah atas setiap kesalahan yang dilakukan ataupun ada pihak lain yang menjadi dalang disebalik apa yang berlaku.
Najib Razak didakwa atas Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda. Beliau ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam. Bagaimanapun, penahanan beliau tidak melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.