Bertenang, Saya Masih Solo – Bella Astillah

Hiburan

Bertenang, Saya Masih Solo – Bella Astillah

Kecoh semalam apabila bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah dikatakan telah bertemu jodoh apabila gambarnya memakai busana pengantin dimuatnaik ke laman sosial. Ramai yang patah hati, namun tetap cekal mengucapkan tahniah sekiranya Bella telah benar-benar berjaya mendapatkan pengganti. Namun kini anda boleh menarik nafas lega kerana ura-ura itu semuanya tidak benar. Bella Astillah masih solo, masih single dan masih belum bertemu lelaki yang mampu mengisi kekosongan hatinya.

bella astillah kahwin

Advertisement

Bella Astillah juga telah bertindak memadam gambar-gambar yang dimuatnaik itu untuk meredakan keadaan, sekaligus mengelakkan salah faham. Sebenarnya apa yang terjadi hanyalah sekadar satu babak daripada sebuah drama lakonan Bella. Terang Bella Astillah:-

Foto itu sebenarnya sebahagian daripada babak drama Cinta Belum Tamat Tempoh arahan Jamal Khan yang saya jayakan. Jangan pula ada yang membuat spekulasi mengatakan saya sudah menemui pengganti. Bertenang… Saya masih solo. Saya selesa sendiri dan mahu terlebih dahulu menikmati fasa ini kerana tiada tekanan

bella astillah kahwin

Sejak bergelar janda, semakin murah nampaknya rezeki Bella. Alhamdulillah. Abang Nara suka dengan semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Bella. Gagal dalam perkahwinan bukan bermaksud kita perlu bersedih dan meratapi nasib sepanjang masa. Life must goes on. Apa yang ditunjukkan oleh Bella ini adalah satu contoh yang sangat baik buat wanita-wanita di luar sana. Apa pun kepada lelaki-lelaki yang menaruh hati kepada Bella, anda masih ada peluang. Silalah berusaha untuk menambat hati janda panas ini. Selamat mencuba. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...