Hello, selamat sejahtera semua. Nama saya Truffle. Saya ialah seekor kucing.
Seperti biasa, selepas tuan saya pergi ke pejabat dan meninggalkan saya berseorangan, saya dan rakan-rakan meng”update” perkembangan terkini masing-masing. Ini adalah rutin harian ahli-ahli Persatuan Kucing-Kucing Seluruh Malaysia (PKSM).
Hari ini, saya terkejut apabila mendapat tahu kehidupan tenang dan aman beberapa orang rakan saya telah terganggu dan tergugat dengan kehadiran satu “benda” ini. Mereka tidak dapat menahan rasa ingin tahu sebaik sahaja terhidu dan ternampak “benda” ini. Ini adalah satu masalah yang amat BERAT untuk kami semua!!!
Demi membuktikan kata-kata mereka adalah benar dan bukan rekaan semata-mata, kawan-kawan saya telah menghantar video sebagai bukti. Memang “benda” ini cukup mengujakan dan mampu membuatkan kami semua mengiau tanpa henti. Korang tengoklah sendiri!!!
Setelah membuat sedikit kajian, identiti “benda” tersebut berjaya saya kenalpasti. Ia adalah KFC Golden Egg Crunch.
KFC Golden Egg Crunch ini adalah kombinasi ayam Hot & Spicy dengan telur masin, daun kari dan selasih manis yang sangat-sangat lazat. Gabungan rasa masin, pedas dan manis hidangan ini memang membuatkan kami semua tidak keruan. Tengah tidur pun boleh bangun balik bila tuan rumah bawa balik KFC Golden Egg Crunch nie untuk berbuka puasa. Heh heh heh..
Pelbagai usaha telah kami lakukan untuk menarik perhatian tuan kami agar dia leka, sekaligus memberikan peluang kami menikmati keenakan KFC Golden Egg Crunch ini. Kalaulah kami boleh pergi order sendiri kat KFC, memang hari ini jugak kami pergi. Dengan harga RM14.90 sahaja, boleh dapat 2 ketul ayam, 1 minuman Mangga Ria, 1 kentang putar dan 1 coleslaw. Memang berbaloi-baloi!!! Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa. Lagipun puasa kan sebulan, bolehlah kita mencuba pelbagai jenis makanan termasuk KFC Golden Egg Crunch ni.
“MIAW, miaaaaaaaaw, miawwww, miawwwww, MI AAA WWWWW, Miawawwawaw”
“Oi kalau bawa balik KFC Golden Egg Crunch tu janganlah makan sorang-sorang. Bagilah kat kitoarang sikit. Kitorang pun teringin jugak”
Sekian, semoga selepas ini, kami juga akan dapat menikmati kelazatan dan kesedapan KFC Golden Egg Crunch ini. Tolong sampaikan pesanan ini kepada kawan-kawan anda yang ada membela kucing di rumah. Kalau boleh, suruh diorang bawak balik KFC Golden Egg Crunch selepas balik kerja hari ini. Boleh ke https://kfc.com.my/find-a-kfc untuk melihat cawangan KFC berhampiran anda. Miaw miaw miaw miawwww (Tq so much).