Berikanlah Kekuatan Buat Hati Seorang Isteri Dan Ibu – Doa Fasha Sandha Buat Diana Danielle

Hiburan

Berikanlah Kekuatan Buat Hati Seorang Isteri Dan Ibu – Doa Fasha Sandha Buat Diana Danielle

Agak berat dugaan yang menimpa Datuk Farid Kamil dan keluarga pada ketika ini, pelbagai spekulasi yang tercetus mampu meruntun jiwa.

Advertisement

Oleh itu, pelakon Fasha Sandha memohon agar peminat terus memberikan semangat dan mendoakan yang terbaik buat Datin Diana Danielle agar beliau kekal tabah menghadapi dugaan berat yang sedang menimpa.

Ramai yang memberikan sokongan kepada Diana menerusi posting Fasha dan mempercayai setiap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Terdahulu, adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari mengakui abangnya itu berkemungkinan mempunyai masalah mental dan tekanan kuat kerana rindu untuk berjumpa dengan dua orang anaknya. Bagaimanapun, Diana menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk menghalang Farid bertemu dengan anak-anak mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...