Berikan Sokongan Buat Suami : Peminat Doakan Kebahagiaan Diana Danielle Dan Farid Kamil

Hiburan

Berikan Sokongan Buat Suami : Peminat Doakan Kebahagiaan Diana Danielle Dan Farid Kamil

Sejak berita penahan Datuk Farid Kamil mendapat perhatian ramai, isterinya Datin Diana Danielle tidak pernah memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.  Namun, ia tidak bermakna Diana tidak lagi mencintai ataupun menyayangi suaminya itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sehingga timbul khabar angin mengatakan rumah tangga mereka bermasalah.

Advertisement

Semalam, Diana menerusi akaun Instagramnya buat pertama kali memuat naik foto bersama suaminya selepas kes hangat yang melanda. Diana turut memberikan kata-kata sokongan buat Farid.

Melihat kesetiaan Diana bersama Farid, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.

Sokongan isteri adalah penguat semangat buat suami tercinta melawan apa sahaja dugaan yang melanda. Semoga cinta Diana serta rumah tangganya bersama Farid kekal sehingga ke syurga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...