Beri Saya Peluang Jalan Tanggungjawab Sebagai Suami – Ude Wahid

Hiburan

Beri Saya Peluang Jalan Tanggungjawab Sebagai Suami – Ude Wahid

Perkahwinan pemuzik Gegar Vaganza 2017, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, dengan pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, megundang cercaan ramai pihak kerana ia tidak diketahui oleh isteri pertama Ude, Intan Liana Azman, 32.
Ude bagaimanapun berharap agar orang ramai memberinya peluang untuk memikul tanggungjawab terhadap kedua-dua isterinya itu, dan berhenti memberi komentar yang dikira boleh mengganggu emosi mereka berdua.

Ude memberitahu Melodi TV3;

Advertisement

Ada wartawan serbu isteri pertama ketika makan, saya cakap jangan beri sebarang kenyataan.

Saya nak beritahu kedua-duanya isteri saya, Intan isteri pertama dan Izreen isteri kedua yang sah.

Sejujurnya saya tidak mahu menuduh sesiapa. Apa yang saya lihat, memang ada campur tangan dari pihak luarlah, terutama keluarga dan rakan-rakan.

Saya mohon jangan ada beri kenyataan dan spekulasi buruk yang boleh mengganggu emosi kedua-dua isteri saya.

Beri saya peluang untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami.

Intan ada mesej dengan Izreen untuk berbincang tentang hal ini. Mulanya semua okay, tapi saya pun terkejut Intan keluarkan kenyataan tentang hal ini.

Tetapi tidak mengapa perkara dah berlaku.

Buat masa ini belum ada perjumpaan, keadaan masih lagi tegang, akan datang saya akan uruskanlah apabila keadaan semakin tenang.

Saya berfikiran terbuka, apa yang mereka cakap sebenarnya semua tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga saya.

Hanya saya dan isteri-isteri saya sahaja yang tahu.

Ude telah mengahwini Izreen pada 8 Ogos lepas di Damansara, berwalikan bapa Izreen. Ia bagaimanapun dirahsiakan oleh mereka berdua dan keluarga Izreen. Namun begitu, netizen mula berspekulasi bahawa Izreen sudah berkahwin kerana status-status bahagia yang dimuat naik serta Izreen telah menukar nama di profil Instagramnya kepada Mrs. Ude beberapa minggu lepas.

Awal tahun ini, Izreen memberitahu pemberita hatinya telah dimiliki seseorang yang telah dikenalinya selama setahun, dan dia mendakwa lelaki itu seorang bujang dan bukan penggiat seni. Izreen juga pernah membuat kenyataan ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang mampu meringankan beban perbelanjaannya dan juga pernah menyatakan tidak mahu mencari pasangan lagi kepada mStar Online dalam laporan 10 Ogos 2017. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...