“Beri Ruang & Masa Untuk Berbincang Terlebih Dahulu” – Aishah

Hiburan

“Beri Ruang & Masa Untuk Berbincang Terlebih Dahulu” – Aishah

Nampaknya kemelut di antara Dato’ Seri Vida dan Aishah semakin berpanjangan. Kedua-dua pihak mempunyai tuntutan masing-masing. Jalan keluar yang perlu dicari bersama-sama tidak kelihatan. Semalam, Dato’ Seri Vida telah pun membuat 3 tuntutan kepada Aisyah selepas juara Gegarvaganza itu menuntut Dr. Vida untuk memohon maaf secara terbuka selain meminta usahawan kosmetik terkenal itu menggantikan rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000.

aishah vida

Advertisement

Oleh kerana kemelut ini telah menglibatkan undang-undang, Aishah enggan memberi sebarang komen selepas diberikan nasihat oleh peguamnya. Kata Aishah:-

Setakat ini saya telah dinasihatkan pihak peguam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Bagi saya masa dan ruang berbincang terlebih dahulu.

vida

Pada pandangan Abang Nara, masalah ini sudah tentu dapat diselesaikan sekiranya DS Vida dan Aishah bertemu mata ke mata serta berbincang. Apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan menerusi sidang media, sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan. Diharap ada pihak yang akan mengalah untuk memastikan kemelut ini diselesaikan tanpa perlu naik ke mahkamah. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...