Beri Petrol Dan Makanan Percuma, Zoey Rahman Bantu Penghantar Makanan

Hiburan

Beri Petrol Dan Makanan Percuma, Zoey Rahman Bantu Penghantar Makanan

Pelakon Zoey Rahman baru-baru ini ada melancarkan progam amal bagi membantu penghantar makanan ‘rider’ dengan memberi makanan serta petrol percuma menerusi inisiatif Mika Series Peduli.

Zoey Rahman Zarina Anjoulie
3 years ago

"Jangan Rapat, Nanti Boxer Pun Kena Ungkit!" Netizen Hidu Kemesraan Zoey Rahman Dan Zarina Sekadar 'Marketing'

Advertisement

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman memaklumkan bahawa program tersebut diadakan secara bulanan dan akan dimulakan pada hari Jumaat ini.

View this post on Instagram

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Menyasarkan 200 penghantar makanan setiap bulan untuk program tersebut, Zoey berkata dia mengambil inisiatif tersebut hanyalah untuk menghargai khidmat mereka.

Ini berikutan dia telah melihat sendiri kepayahan yang diharungi para rider makanan dan menganggap mereka juga adalah para petugas barisan hadapan yang perlu diberi perhatian.

Saya tersentuh apabila melihat penghantar makanan terpaksa makan dan solat di tepi jalan baru-baru ini. Betapa gigihnya mereka dari siang hingga malam mencari pendapatan demi menyara keluarga. Maka, saya terus wujudkan program ini untuk mereka memandangkan penghantar makanan juga tidak dinafikan sangat penting sebagai barisan hadapan. Kami akan membantu mereka dapatkan isian petrol penuh, makanan dan barangan lain.

Jelasnya lagi, mereka yang berminat boleh mendaftar dan akan dimasukkan ke dalam saluran Telegram Khas bagi mendapatkan sumbangan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Difahamkan inisiatif yang dilakukan oleh Zoey itu turut mendapat kerjasama Grab Malaysia dan juga McDonalds Malaysia dan pada waktu ini sumbangan tersebut hanya tertumpu untuk sekitar Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Bagi para rider yang berminat boleh mendaftar segera di pautan https://t.me/MIKASERIESpeduli.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...