Beri Kejutan Sweet Dan Hadiah Istimewa, Peminat Mahu Alvin Chong Dan Emma Maembong Bercinta

Hiburan

Beri Kejutan Sweet Dan Hadiah Istimewa, Peminat Mahu Alvin Chong Dan Emma Maembong Bercinta

Tanggal 27 Mac lepas merupakan hari jadi pelakon cantik Emma Maembong yang ke 26 tahun. Untuk meraikan hari yang bermakna buat Emma, Alvin Chong telah membuat satu kejutan hari jadi yang cukup sweet dan istimewa.

Advertisement

Alvin menerusi akaun Instagramnya memuat naik video dengan ucapan yang sangat indah kepada Emma. Alvin menerusi kapsyennya juga merasa gembira kerana Emma teruja dan menerima hadiah gelang Pandora pemberiannya itu.

Menyifatkan Alvin sebagai seorang lelaki yang romantik, rata-rata peminat mahu beliau dan Emma benar-benar bercinta. Iyalah, mereka berdua semakin hari nampaknya semakin mesra dan rapat.

Namun, ada juga yang tertanya apakah status hubungan terkini Emma dan Kamal Adli pula?

Sebelum ini, Emma menjelaskan Alvin dan beliau cuma berkawan baik sahaja dan tidak lebih daripada itu. Walaubagaimanapun, bila lihat video di atas macam susah hendak percaya pula. Mungkinkah bibit percintaan sudah mula timbul?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...